Menurut Agensi Berita Xinhua China, pada lebih setahun yang lalu, Pak Cik Zhang, guru bersara yang tinggal di kawasan perumahan Weining, bandar Shanghai bahagian timur China sering berasa kesal kerana bumbung rumahnya bocor sewaktu hujan. Pada masa ini, beliau tidak perlu bimbang lagi akan keadaan tersebut.
Seperti Pak Cik Zhang, seramai 190 ribu keluarga Shanghai yang tinggal di lebih 5,700 rumah lama juga mengalami perubahan tersebut. Ini disebabkan kerajaan bandar Shanghai melaksanakan tindakan baru semasa memelihara kawasan perumahan lama iaitu membina bumbung mercu yang baru untuk setip rumah lama. Maka para penduduk bukan sahaja dapat memperbaiki rumah mereka , tetapi juga tidak perlu lagi pindah rumah atau beli rumah baru.
1 2 3
|