Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-08 14:41:33    
Pengenalan tentang Perkembangan Sains dan Teknologi Tinggi di China

Agensi Berita China

Pada subuh 16 Oktober 1988, Electro Positron Colider Beijing buat pertama kali beroperasi, ini menandakan kejayaan penting China dalam bidang sains dan teknologi.

Pada 24 Oktober 1988, pemimpin-pemimpin parti dan kerajaan China antaranya mendiang Deng Xiaoping mengadakan tinjauan di Institusi Fizik Akademi Sains China, dan mendiang Deng Xiaoping berkata, "Baik pada masa dahulu, masa ini, ataupun pada masa akan datang, China mesti bergantung kepada kepakaran sendiri mengembangkan sains dan teknologi tinggi agar dapat dihormati oleh masyarakat antarabangsa".

Encik Chen Hesheng, sarjana yang juga Ketua Pengarah Institusi Fizik Akademi Sains China berpendapat matlamat strategi yang dikemukakan oleh mendiang Deng Xiaoping iaitu "China mesti bergantung kepada kepakaran sendiri mengembangkan sains dan teknologi tinggi", bukan sahaja telah mencapai kejayaan pada asasnya dalam bidang fizik, tetapi juga dalam pelbagai bidang sains dan teknologi yang lain. Tentulah jika berbanding negara maju, taraf perkembangan sains dan teknologi di China masih agak rendah, dan memerlukan masa untuk berkembang sebagai negara maju dalam bidang sains dan teknologi.

Encik Li Guojie, Ahli Akademi Sains China yang juga Ketua Pengarah Institusi Komputer Akademi Sains China berpendapat jika ditinjau dari aspek keseluruhan, China merupakan negara membangun dan taraf industrinya masih rendah. Kami sedaya-upaya mengkaji dan menghasilkan industri sains dan teknologi tinggi yang diperlukan dalam menjayakan strategi negara tetapi disekat oleh birokrasi negara asing terutamanya dalam pengeluaran komputer canggih, CPU, kelengkapan elektronik-optik dan lain-lain. Orang China tidak kalah kepakaran berbanding orang asing, dan hak paten juga tidak merupakan halangan dalam usaha mengembangkan teknologi tinggi. Kami mesti memilih industri teknologi tinggi yang tertentu untuk mencapai kejayaan, dan kami pasti akan mencapai kejayaan.

Kementerian Sains dan Teknologi China memaklumkan bahawa dalam tempoh 15 tahun yang lalu iaitu sejak pelaksanaan Rancangan 863 hingga tahun 2001, China telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 11 bilion Yuan RMB untuk menjalankan kajian sebanyak lebih 5,200 buah projek dan menghasilkan keluaran tambahan bernilai lebih 56 bilion Yuan RMB, dan mencapai keuntungan ekonomi tidak langsung sebanyak lebih 200 bilion Yuan RMB.

Walaupun peruntukan kajian itu sedikit, namun Rancangan 863 telah mencapai kejayaan yang mengagumkan.

Kejayaan kajian teknologi tinggi dalam Rancangan 863 itu, China telah berjaya merapatkan jurang perbezaan dengan negara maju. Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar, China berjaya mewujudkan kelebihan dalam bidang yang tertentu dan mulai mempunyai kedudukan yang tertentu di arena antarabangsa dalam bidang teknologi tinggi. Terdapat 60% teknologi China telah berkembang mendekati taraf negara maju, manakala 25% lagi masih peringkat asas.

Berdasarkan penyelarasan dengan pihak industri, Rancangan 863 telah menjadikan China mempunyai keluaran hak harta intelektual sendiri dalam pelbagai bidang utama antaranya projek biologi, ubat-ubatan, kemudahan komunikasi, komputer canggih, perisian komputer pengurusan maklumat dalam bahasa Mandarin, kristal buatan, bahan dan alat elektronik-optik dan lain-lain. Keluaran-keluaran tersebut mencapai taraf maju di arena antarabangsa dan merupakan perangsang utama kemajuan industri teknologi tinggi di China.

----AZMI