"Jual bunga melati! Jual bunga melati!"
Pada musim gugur tahun ini, di pelbagai jalan utama di bandar Fuzhou, Provinsi Fujian di bahagian tenggara China, terdapat ramai gadis dan wanita yang menyelit bunga melati putih di rambut mereka sambil memegang tiang buluh yang panjang, berdiri di pinggir jalan menjual kalungan bunga melati kepada orang ramai yang berjalan kaki atau menaiki kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Sewaktu angin bertiup, seluruh bandar tersebut berbau wangi sekali.
Bandar Fuzhou dikenali sebagai "Tempat Asal Bunga Melati" dan mempunyai sejarah penanaman bunga melati selama ratusan tahun. Para petani menanam bunga melati terutamanya untuk dijual kepada kilang teh untuk menghasilkan teh bunga melati. Maka teh bunga melati Fuzhou sentiasa terkenal di dalam dan luar negara China.
Kebanyakan perantau Cina yang baru kembali ke Fuzhou pasti ingin menikmati minuman teh bunga melati yang dihasilkan di kampung halaman mereka.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerana pengaruh teh Olong, teh bunga melati tidak begitu laris di pasaran. Tetapi para petani suka menanam bunga melati, kerana mereka bukan sahaja boleh menghasilkan teh, tetapi juga boleh dijual sebagai perhiasan.
Mereka secara besar-besaran menanam bunga melati dalam pasu dan menjualnya sebagai bonsai, serta menggunakan kelopak bunga melati yang gugur untuk menghasilkan kalungan bunga dan menjualnya di pinggir jalan. Kalungan bunga cantik, murah dan agak mudah digunakan oleh para pelanggan sehingga laris dijual.
Biasanya wanita atau gadis menjual kalungan bunga melati di pinggir jalan. Para pembeli berbeza-beza, antaranya orang dewasa dan kanak-kanak, gadis dan suri rumah.
Kadang-kadang, ada gadis kaya membeli beberapa kalungan bunga dan menggantungkannya di beg mereka.
Sebenarnya pelanggan utama kalungan bunga melati itu ialah pemandu teksi. Kerana cuaca di Fuzhou panas, dan walaupun pada musim gugur, cuacanya masih juga panas, maka pemandu kereta biasanya tidak berasa nyaman. Kalau membeli kalungan bunga melati dan menggantung kalungan bunga itu di dalam kereta, ruang dalam kereta itu akan dipenuhi wangi-wangian dan pemandu akan berasa seronok.
Para penjual bunga melati tersebut termasuk para peljara sekolah rendah dan menengah.
Wartawan Agensi Berita China bertemu seorang gadis yang berumur 14 tahun menjual bunga melati di pinggir jalan Wusi. Rumahnya terletak di pekan Xindian, kawasan utara bandar Fuzhou, dan keluarganya telah menanam bunga melati selama beberapa generasi. Kerana tanah milik keluarganya digunakan oleh kerajaan dan hanya tinggal sedikit sahaja lagi, maka ibu bapanya tidak ingin menanam sayur-sayuran dan memutuskan hanya menanam bunga melati. Hasilnya tidak banyak sepanjang tahun, selain mengambil sebahagian untuk membuat teh bunga, keluarganya menghasilkan kalungan bunga untuk dijual kepada orang ramai.
Gadis itu memberitahu wartawan bahawa dalam sebulan lalu, beliau dan dua kakaknya memperoleh lebih 2 ribu yuan RMB merana menjual bunga melati dan ia sudah cukup untuk membiaya yuran sekolah mereka tiga orang adik-beradik.
----AZMI
|