Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-08 15:11:18    
Cerita tentang Puan Li Huaizhen yang Pandai Memasak Penkek

cri
Puan Li Huaizhen tinggal di kawasan desa di Kaunti Feixian, Provinsi Shandong bahagian timur China. Beliau menjadi penganggur pada tahun 1995. Kemudian, suaminya menggalakkan beliau membuka satu kedai penkek. Tidak disangka perniagaan penkek itu menjadikan Puan Li Huaizhen berjaya mengembangkan kerjayanya.

Penkek yang dihasilkan di Kaunti Feixian, Provinsi Shandong sangat terkenal dan sudah bersejarah lama. Keistimewaannya ialah nipis dan rangup.

Pada permulaan, Li Huaizhen tidak memiliki kilang dan hanya memasak penkek di rumahnya sendiri dan menjual penkek itu di pasaran. Lama-kelamaan, Li Huaizhen menjadi semakin mahir dan penkek yang dimasaknya lebih nipis dan sedap daripada yang dihasilkan oleh orang lain.

Suami Li Huaizhen berkata, "Pada permulaan, penkek hanya dimasak berbentuk 4 persegi. Seorang pelancong dari Denmark menganggap penkek itu tisu, dan menggunakannya untuk membersihkan tangan dan muka. Setelah diberitahu itu ialah penkek, beliau baru cuba menikmatinya dan berasa penkek itu sedap sekali."

Lama-kelamaan, perniagaan Li Huaizhen menjadi semakin laris. Ramai orang membeli penkek yang dihasilkannya. Pada masa ini, Li Huaizhen boleh memasak lebih 600 penkek sehari. Beliau berkata,

"Tepung gandum tidak boleh ditambah terlalu banyak sewaktu dicampur dengan air, jika dicampur terlampau banyak, penkek yang dihasilkan itu tebal dan tidak sedap. Sewaktu memasak, saya harus menggunakan api yang sederhana, jika api itu terlalu besar, penkek itu akan hancur dan jika terlalu kecil, penkek itu akan terlalu keras."

Terdapat ramai orang berniaga penkek di Kaunti Feixian dan persaingannya sengit. Bagaimana menjadikan penkek yang dihasilkan sendiri berbeza dengan penkek lain? Li Huaizhen mulai mencari idea.

Penkek biasanya dibuat daripada tepung gandum dan rasanya tidak pelbagai. Li Huaizhen cuba mencampur jus buah-buahan dalam doh dan menghasilkan penkek yang rasanya berbeza-beza.

Percubaan Li Huaizhen mencapai kejayaan besar dan terdapat semakin ramai orang suka makan penkek buah-buahan walaupun harganya lebih mahal 3 hingga 5 kali ganda daripada penkek lain.

Pada tahun 2000, Li Huaizhen dipilih sebagai seorang daripada 10 penganggur terbaik yang berjaya memulakan kerjaya di Provinsi Shandong, dan layak menyertai Ekspo Hasil Pertanian yang diadakan di Shanghai. Penkek Shandong agak aneh bagi penduduk Shanghai. Li Huaizhen berkata, "Pada permulaan, penduduk Shanghai menanya saya apa itu, dan bagaimana cara makannya. Saya menjawab penkek itu boleh dimakan secara langsung, dan juga boleh dicampur sedikit bijan. Setelah makan penkek itu, para pelanggan kedainya semuanya berkata ia sedap."

Suami Puan Li Huaizhen berkata, "Kami juga menambah sayur-sayuran sewaktu mempromosi penkek. Maka dalam setiap kotak penkek, kami menambah sedikit sayur-sayuran agar rasanya lebih sedap. Ramai orang membeli penkek yang kami hasilkan."

Pada tahun 2003, Puan Li Huaizhen memperoleh 600 ribu Yuan RMB dalam perniagaan penkek dan dipilih sebagai wakil Kongres Rakyat Provinsi Shandong. Beliau juga berjaya menyediakan banyak peluang kerja kepada tenaga buruh yang berlebihan di kampungnya.

----AZMI