Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-12 17:11:04    
WHO: Tumpu Perhatian terhadap Kegemukan Kanak-kanak untuk Mencegah Penyakit Diabetes

Agensi Berita Xinhua China
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menyeru masyarakat meningkatkan perhatian terhadap kegemukan kanak-kanak supaya mereka bebas daripada menjadi golongan berisiko tinggi menghidap penyakit diabetes.

WHO dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa bersama-sama mengeluarkan kenyataan menunjukkan, mencegah dan merawat penyakit kegemukan kanak-kanak merupakan satu langkah yang amat berkesan bagi mereka jauh daripada penyakit diabetes hari kemudian. Pada masa ini, 90% penghidap penyakit diabetes ialah orang gemuk.

Dalam kenyataan itu dinyatakan, setakat ini, terdapat 22 juta kanak-kanak berumur di bawah lima tahun di dunia sudah melebihi berat badan normal atau gemuk. Antaranya, terdapat 17 juta orang hidup di negara-negara membangun. Mereka mempunyai risiko yang sangat tinggi menghidap penyakit diabetes II selepas membesar.

Selain itu, terdapat 10% pelajar sekolah yang berumur 6 antara 18 tahun di dunia telah menjadi gemuk. Namun, kadar sedang meningkat secara beransur-ansur.

Seiring dengan perkembangan masyarakat, struktur diet kanak-kanak hari ini telah berubah. Mereka lebih suka makan makanan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi, tetapi aktiviti bersenam dan sukan mereka semakin kurang. Oleh sebab itu, gejala kegemukan kanak-kanak semakin serius.

Jika kanak-kanak menjadi gemuk atau beratnya melebihi standard normal sejak kecil akan menjadikan gula darah dan lemak darah mereka meningkat dan menyebabkan tekanan darah tinggi dan seterusnya meningkat risikonya menghadapi penyakit kronik. Sekarang pesakit diabetes II yang hanya ditemui dalam golongan dewasa selalu ditemui dalam golongan kanak-kanak dan remaja.

Kenyataan itu juga telah memperkenalkan beberap contoh yang berjaya mengawal kegemukan kanak-kanak di sesetengah negara.

Di Singapura, pihak sekolah telah membuka kuliah pemakanan dan khasiat untuk menggalakkan pelajar makan makanan yang sihat. Langkah itu menjadikan jumlah pelajar gemuk menurun ketara.

Di Britain, kerajaan mengehadkan murid sekolah rendah minum minuman bergas dan bergula. Langkah itu juga sangat berkesan.