Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-15 14:54:59    
Kumpulan Perusahaan Anggota Berkembang di Bandar Shanghai

Agensi Berita Xinhua China

Sekarang, bandar Shanghai berkembang pesat sehingga ramai anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara ditarik bekerja di bandar itu untuk mencapai kejayaan. Difahamkan, perusahaan yang diselenggarakan oleh anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara berjumlah melebihi 2400 buah di bandar Shanghai dengan jumlah pelaburan melebihi 420 juta Dolar Amerika. Perusahaan tersebut utamanya meliputi bidang teknologi tinggi seperti teknologi maklumat, biologi dan perubatan, pembuatan kereta dan bahan baru. Manakala kerajaan bandar Shanghai bersikap proaktif terhadap anggota-anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara, mengeluarkan beberapa dasar dan tindakan keutamaan untuk berusaha menyediakan iklim perkembangan yang baik kepada mereka. Misalnya, perusahaan yang diselenggarakan oleh anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara mempunyai syarat keutamaan yang sama dengan perusahaan yang diselenggarakan oleh pelaburan orang Cina, Hong Kong, Makau dan Taiwan, standard kemasukan perusahaan juga direndahkan dengan seimbang.

Sebanyak 5 Taman Anggota yang Melanjutkan Pelajaran mereka di luar negara telah ditubuhkan secara khas oleh kerajaan bandar Shanghai di kawasan Zhang Jiang, Jiading dan Cao Hejin, pusat perkhidmatan telah dibentuk untuk menyediakan perkhidmatan bagi anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara bermula daripada peringkat mereka memohon untuk menyelenggarakan perusahaan, mempelawa tenaga profesional sehingga peringkat meneroka pasaran. Di samping itu, sejumlah bengkel dan makmal juga disediakan di taman-taman tersebut untuk disewakan kepada mereka.

Ramai anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara berminat berbakti kepada tanah air. Mereka merealisasikan impian mereka dengan memulakan usaha di bandar Shanghai dengan membawa balik projek teknologi tinggi. Syarikat Teknologi Telekomunikasi Longlin Shanghai Berhad diselenggarakan oleh Encik Gao Hanzhong yang memperoleh ijazah sarjana di A.S.. Syarikat itu berusaha untuk menyelidi dan meneroka internet media massa. Teknologi itu melibatkan sektor telekomunikasi, IT, pihak media dan perkakas elektrik kegunaan rumah dan usaha itu semakin menarik perhatian rakan di dalam dan luar negara. Baru-baru ini, syarikat itu telah menandatangani perjanjian kerjasama teknologi dengan Syarikat Telekomunikasi Kereta Api China untuk mewujudkan matlamat memasarkan dan menjual hasil keluaran bernilai 100 juta Yuan RMB pada tahun ini.

Antara banyak hasil keluaran baru yang diteroka oleh perusahaan anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara, ada yang telah mendapat hak harta intelek, ada yang mengisi kekosongan dalam bidang sains dan teknologi China. Syarikat Sains dan Teknologi Renkang Shanghai Berhad yang diselenggarakan oleh Peng Shaocheng, yang mendapat ijazah doktor di Jepun dan rakannya mengadakan penyelidikan dan penerokaan barangan berkaitan dalam bidang sel kulit manusia. Syarikat ini menjalankan banyak pertukaran maklumat, teknologi dan anggota dengan Pusat Kulit Belanda dan British. Pada tahun lalu, syarikat ini berjaya mengeluarkan hasil "Bahan Balut Biologi Manusia" baru untuk menyelamatkan dan mengubati kecederaan kebakaran. Teknologi baru ini telah mengisi kekosongan China dalam bidang itu.

Menurut maklumat Encik Tang Weimin, ketua pengarah Pusat Perkhidmatan Anggota yang Melanjutkan Pelajaran Mereka di Luar Negara yang kembali ke China di bandar Shanghai, setelah balik ke China, ramai anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara menggunakan konsep pengurusan, strategi urus niaga dan model operasi antarabangsa yang maju untuk meningkatkan taraf pengurusan perusahaan bandar Shanghai ke satu tahap yang baru. Di Zon Pembangunan Teknologi Tinggi Cao Hejing, seramai lebih 200 anggota yang melanjutkan pelajaran mereka di luar negara mempunyai hubungan dengan 100 perusahaan sains dan teknologi tinggi. Mereka menubuhkan pusat penyelidikan untuk setiap perusahaan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud dalam perusahaan tersebut menurut jadual.

----Ching