Lebuh raya ekspres yang menghubungi bandar Yinchuan dengan bandar Wuhan sedang dibina dari kawasan dataran menuju ke kawasan pergunungan di bahagian selatan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Peruntukannya diperoleh daripada dana kerajaan China dan sebahagian lagi melalui pinjaman Bank Pembangunan Asia. Pembinaan "Laluan penting di bahagian barat China" ini akan bermanfaat bagi mempercepat langkah kerajaan Xihaigu Ningxia—kawasan yang paling mundur di China membebaskan penduduk di kawasan itu daripada kemiskinan.
Lebuh raya ekspres Yinchuan-Wuhan itu merupakan laluan lebuh raya penting yang menghubungi kawasan bahagian barat laut China dengan kawasan bahagian timur tengah yang menuju ke arah Sungai Yangtze. Lebuh raya ekspres itu sepanjang kira-kira 1460 kilometer, biaya projek itu berjumlah pelaburan mencatat 5.4 bilion Yuan RMB, 250 juta Dolar Amerika daripadanya diperoleh melalui pinjaman Bank Pembangunan Asia. Projek ini merupakan projek pembangunan yang penting di Ningxia pada masa ini.
Di tempat pembinaan lebuh raya ekspres itu, seorang wanita etnik Hui Puan Ma Xiaoyan memberitahu wartawan, beliau bersama-sama dengan suaminya bekerja di sana dan memperoleh pendapatan sebanyak hampir 6000 Yuan RMB dalam tempoh dua bulan. Selain mereka, ramai petani lain di kawasan pergunungan juga mendapat faedah daripada pembinaan projek itu. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Kampung Xiatao Parti Komunis China Encik He Shengrui, dalam tempoh dua bulan sejak pembinaan lebuh raya ekspres dimulakan, para petani di kampung itu telah membelanjakan pendapatan yang mereka peroleh kerana bekerja di projek itu untuk membeli 20 buah traktor.
Penduduk di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia berjumlah 5.8 juta orang, antaranya 1/3 merupakan orang Islam. Enam kaunti di kawasan Xihaigu yang direntasi oleh lebuh raya ekspres itu merupakan kaunti mundur peringkat negara, jumlah penduduk Islam di kaunti tersebut berjumlah lebih 60%.
Projek fasa pertama pembinaan lebuh raya ekspres tersebut dimulakan pada tahun lalu. Seramai lebih 4000 petani di kawasan Xihaigu menyertai pembinaan itu. Ketua Bahagian Pembinaan Lebuh Raya Ekspres Yin Chuan-Wu Han Encik Rui Ninghua menyatakan, projek itu dimulakan pada tahun 2003 dan akan selesai dibina pada tahun 2007, seramai lebih 5000 petani di kawasan pergunungan akan menyertai pembinaan lebuh raya ekspres itu, pendapatan yang mereka peroleh dianggarkan lebihi 20 juta Yuan RMB.
Ketua Pengarah Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China Encik Zhou Shu menyatakan, kaum tani yang miskin di kawasan pergunungan itu bukan sahaja akan mendapat faedah daripada pembinaan lebuh raya ekspres itu dalam jangka waktu yang singkat, tetapi juga akan membantu mereka bebas daripada kemiskinan pada masa depan. Ini kerana pembukaan lalu lintas lebuh raya ekspres itu akan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan pergunungan itu.
Sebenarnya, sumber alam di kawasan Xihaigu amat kaya dan berpotensi besar untuk diteroka. Kentang, tembikai dan daging ayam yang dikeluarkan dari kawasan itu merupakan hasil keluaran utama di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Di samping itu, Xihaigu merupakan kawsan pengeluaran hasil pertanian Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia yang diperdagangkan ke kawasan bahagian tengah dan barat China seperti Provinsi-provinsi Gansu, Shaanxi, Sichuan, Henan dan Hubei. Berdasarkan statistik, dalam tempoh 3 tahun yang lalu, urus niaga barang perdagangan di kawasan Xihaigu yang semakin rancak menyebabkan pertumbuhan ekonomi di kawasan itu meningkat 2%.
----Ching
|