Seiring dengan sosioekonomi China berkembang maju, perasaan warga China mengalami perubahan besar. Di satu pihak, perasaan keluarga tradisional menghadapi cabaran akibat kehidupan moden, di lain pihak, pelaksanaan dasar buka pintu dan kemajuan masyarakat juga mendinamikkan perasaan warga China dan mempunyai keistimewaan masing-masing.
Warga China mempunyai tradisi tentang beberapa generasi tinggal bersama-sama dan menikmati kebahagiaan keluarga besar.
Sdr.pendengar, terdapat sebuah lagu yang agak popular di China pada beberapa tahun kebelakangan ini. Lagu itu berjudul "Selalu ziarahi Ibu-Bapa". Sari kata utamanya bererti : Mengambil masa luang, membawa anak dan isteri, selalu pulang ke rumah menziarahi ibu-bapa. Maklumlah "Selalu pulang ke rumah menziarahi ibu-bapa" sudah merupakan cara penting bagi rakyat China melahirkan perasaan untuk anggota keluarganya.
Pada masa ini, kebanyakan orang muda China tidak tinggal bersama-sama dengan ibu-bapa mereka. Mereka meninggalkan kampung halaman dan pergi ke tempat lain untuk melanjutkan pelajaran atau mengambil kerja. Encik Li Yunwen, seoarang pekerja bebas berasal dari Bandar Yangjiang, Provinsi Guangdong, bahagian tenggara China. Walaupun selalu bekerja di tempat lain, tetapi beliau selalu merindukan anggota keluarganya.
"Pada masa dahulu sewaktu tinggal bersama-sama dengan ibubapa, saya tidak pernah mengambil perasaan yang begitu mendalam terhadap mereka, sekarang saya meninggalkan mereka, kami malah amat menghargai rinduan itu, meskipun sekali panggilan telefon atau sekali jumpaan."
Seiring dengan kemajuan sains, warga China bukan sahaja menyatakan perasaan kerinduan melalui "Selalu pulang ke rumah menziarahi ibu-bapa", tetapi juga sering menggunakan telefon, Internet dan pesanan ringkas telefon bimbit.
Dalam masyarakat tradisonal, rakyat China mempunyai pandanganan kolot terhadap perasaan suami isteri. Misalnya, mengmabil perceraian suami isteri merupakan contoh, ada orang menganggap perceraian sebagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Pada beberapa bulan lalu, jika bercerai, mereka harus menyediakan surat penerangan yang dibuat oleh unit kerja. Tetapi pada bulan Oct tahun 2003, bahagian berkenaan China telah mengeluarkan "Peraturan tentang Pendaftaran Perkahwinan" yang baru, dan membatalkan peraturan tersebut iaitu jika mendaftar perkahwinan atau perceraian, harus menunjukkan surat penerangan dari unit kerja. Tindakan itu menjamin hak suami isteri untuk mengejar keharmonian mereka di sisi undang-undang.
Encik Liu Fan yang berumur 40 tahun dan Puan Ye Hongbin yang berumur 36 tahun ialah pasangan suami isteri yang berkahwin kali kedua. Pada 10 tahun lalu, Encik Liu Fan bercerai dengan isterinya. Beliau berkata, "Pada masa itu, saya sudah mempunyai anak dan juga mempunyai banyak masalah harus dipertimbangkan termasuk apa pengaruhnya terhadap anak akibat perceraian? bagaimana pendapat masyarakat? Apa pandangan kawan-kawan, Saya merasa sakit hati sewaktu mengambil keputusan tentang perceraian."
Ketika membicarakan sikap masyarakat terhadap perceraian, Puan Ye Hongbin, isteri Encik Liu Fan sekarang berkata kepada wartawan CRI, "Keadaan sekarang sudah berubah, dan kini lebih bagus. Kerana saya berasa pilihan kehidupan sendiri harus saya sendiri tetapkan. Jika unit kerja atau orang lain memberi tekanan atau nasihat, saya berasa ini adalah tidak adil dan tidak sesuai."
Puan Wang Zhenyu, pakar pengkajian perkahwinan ternama di China berpendapat bahawa seiring dengan sosioekonomi berkembang maju di China dan pergaulan masyarakat bertambah, warga China mempunyai semakin banyak peluang pemilihan dan lebih mementingkan hak pilih sendiri. Beliau berkata, "Dalam tempoh lebih 20 tahun lalu sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu di China, rakyat China mengalami perubahan besar dalam aspek perasaan. Tahap perasaan telah ditingkatkan, tuntutan terhadap perasaan lebih tinggi, dan kehidupan bebas juga amat ditingkatkan."
----Azmi
|