Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-16 16:31:59    
Perusahaan Industri Tentera Dorong Pertumbuhan Ekonomi di Bandar Chongqing

Agensi Berita Xinhua China

Seiring dengan penyusunan semula struktur industri, perusahaan industri tentera mengeluarkan hasil keluaran kegunaan awam, ini mendorong pertumbuhan ekonomi nasional di bandar Chongqing. Demikian dinyatakan oleh Naib Datok Bandar Chongqing Encik Wu Jianong baru-baru ini.

Menurut beliau, sejak tahun 1980-an, perusahaan industri tentera mengeluarkan barangan kegunaan awam menyebabkan struktur ekonomi bandar Chongqing berubah banyak. Pada masa ini, nilai keluaran barangan kegunaan awam menempati 95% jumlah barangan keluaran perusahaan industri tentera Chongqing, dan menempati 26% jumlah barangan keluaran industri seluruh bandar itu. Perusahaan industri tentera memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi bandar Chongqing dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan kewangan tempatan. Selain itu, perusahaan industri tentera mengeluarkan barangan kegunaan awam juga mendorong penyusunan semula struktur ekonomi bandar Chongqing, misalnya perusahaan industri tentera mengeluarkan motosikal, meningkatkan perkembangan kalangan itu, sehingga Bandar Chongqing menjadi pangkalan pengeluaran motosikal terbesar di dunia pada masa ini. Jumlah kenderaan yang dikeluarkan di bandar Chongqing menempati 11% jumlah kenderaan di China, jumlah motosikal menempati 30%, motor motosikal yang dikeluarkannya menempati separuh ke atas, kebanyakan barang keluaran itu dikeluarkan oleh perusahaan industri tentera.

Encik Wu Jianong menyatakan, kerajaan bandar Chongqing akan terus memperbaiki dasar, meneroka pasaran untuk membantu lebih banyak perusahaan industri tentera mengeluarkan barangan kegunaan awam. Di samping itu, beberapa tindakan juga akan diambil untuk menyebabkan perusahaan industri tentera selaras dengan sistem ekonomi.

Bandar Chongqing merupakan pangkalan industri China yang lama, asas industri tenteranya kukuh. Pada tahun 2002, jumlah keluaran industri yang diperoleh oleh perusahaan industri tentera di bandar Chongqing mencatat 32.4 bilion Yuan RMB, ini menyebabkan perusahaan industri tentera yang sentiasa mengalami kerugian dalam tempoh banyak tahun mencapai keuntungan. Berdasarkan maklumat, penubuhan taman sains dan teknologi perusahaan industri tentera mengeluarkan barangan kegunaan awam sedang dibincangkan antara pegawai bandar Chongqing dengan kumpulan industri tentera berkaitan.