Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-16 10:49:49    
Peguam Peribadi Syarikat Muncul di China

Agensi Berita Xinhua China

Semakin banyak perusahaan di China ingin mempelawa peguam peribadi untuk menyelesaikan masalah perundangan. Semenjak percubaan peguam perusahaan dilaksanakan oleh Kementerian Kehakiman China di lebih 150 buah perusahaan di China pada tahun 2002, sudah terdapat hampir 700 orang memperoleh surat izin peguam perusahaan.

Syarikat Penerokaan Xiaoxiang, provinsi Hunan China telah memutuskan untuk menubuhkan badan peguam sendiri. Naib Pengurus Besar syarikat itu, Chen Jianguo berkata, "kini struktur ekonomi dan pasaran semakin menjadi rumit di China pada masa ini, maka kadang-kadang adalah tidak sempat kalau kami mencari peguam selepas masalahnya sudah muncul. Syarikat kami amat memerlukan peguam yang profesional untuk menyediakan bantuan dalam bidang perundangan, agar mengurangkan risiko.

Menurut Chen Jianguo, syarikatnya tetap melaksanakan kerjasama dengan firma peguam, manakala para peguam tidak mungkin mengambil bahagian dalam proses menetapkan dasar, kerana mereka bukan kakitangan kami. Setelah menimba pengajaran dari kegagalan sebelum itu, kami ingin mempelawa peguam peribadi kami yang bukan sahaja mahir dalam perundangan, tetapi juga mengenal keadaan terperinci di dalam syarikat kami."

Profesor Madya Wang Jinxi dari Universiti Politik dan Perundangan China berpendapat bahawa pasaran perkhidmatan kehakiman mungkin akan mengalami pembentukan semula akibat munculnya peguam perusahaan. Namun tawaran perkhidmatan perundangan dan jumlah peguam tidak akan berubah besar. Hal itu akan mendorong taraf profesional dalam sektor perkhidmatan peguam di China.