Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-17 10:48:41    
Persaingan Sengit Galakkan Perkembangan Pesat

Agensi Berita Xinhua China

Dalam tempoh tiga tahun sejak menganggotai WTO, China telah menjadi negara yang menarik pelaburan asing paling banyak di dunia kerana perdagangan dan pelaburannya meningkat dengan pesat. China berharapan akan menjadi negara perdagangan besar ketiga di dunia pada tahun ini. Bagi WTO, China merupakan anggota baru yang bertanggungjawab, bukan sahaja mendorong untuk mengadakan rundingan perdagangan banyak hala pusingan baru, tetapi juga meneruskan dasar buka pintu dan menunaikan janjinya dengan bersungguh-sungguh.

Tempoh perlindungan selama tiga tahun sudah berakhir, dalam tempoh peralihan China menganggotai WTO masih ada dua tahun terakhir, China akan menghadapi persaingan yang lebih sengit. Kerajaan China berjanji, pada hujung tahun ini, kad izin dan kuota kenderaan dan alat ganti utama akan dibatalkan; tarif perabot dan permaian kanak-kanak akan turun kepada kosong; tarif kertas, barangan tekstil dan minuman keras juga akan turun dengan tahap yang besar. Dalam bidang perusahaan perkhidmatan, standard kemasukan pasaran juga akan turun pada tahap besar dalam bidang kewangan, telekomunikasi dan jualan harga runcit; sekatan kawasan urus niaga akan dibatalkan dalam bidang insurans, bank pelaburan asing serta syarikat sekuriti; manakala pelaburan asing akan menikmati lebih banyak hak dan kepentingan dalam bidang telekomunikasi.

China menghadapi cabaran yang lebih hebat dan kesukaran lebih banyak, akan tetapi berbanding dengan 3 tahun yang lalu, China lebih matang kerana telah mengumpulkan pengalaman dan lebih berkeyakinan kerana kekuatan negara telah meningkat, perusahaan juga berkembang pesat dalam persaingan.

Yang paling penting ialah, konsep orang China telah berubah. Sebagaimana yang dikatakan oleh Long Yongtu, bekas wakil China dalam rundingan China menganggotai WTO, "perlindungan bukannya lebih banyak lebih baik, membuka pasaran dan menurun tarif tidak bermakna China bertolak ansur, malah berkembang kerana ini merupakan prasyarat China menyertai persaingan antarabangsa."

Kenyataan membuktikan, perkembangan perusahaan China lebih cepat dalam bidang yang persaingannya lebih sengit.