Menurut Agensi Berita Xinhua China, perkhidmatan penerbangan China telah meningkat dengan cepat seiring dengan kepesatan perkembangan ekonomi China, ini telah mengintensifkan secara berterusan dasar buka pintu, pembaharuan struktur penerbangan awam China dan menjadikan pasaran penerbangan menjadi lebih makmur.
Demikian dinyatakan oleh Wang Chang Shun, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China dalam Sidang Tahunan Keselamatan Penerbangan Antarabangsa ke-57 yang dirasmikan di Shanghai semalam.
Beliau berkata jumlah penumpang dan kargo syarikat penerbangan awam China mengekalkan trend peningkatan yang cepat seiring dengan kemajuan jaringan perkhidmatan penerbangan dalam negara dan antarabangsa.
|