Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-18 15:11:56    
Kerajaan Beijing Berusaha Kawal Pencemaran

Agensi Berita Xinhua China

Cuaca amat cerah di Beijing baru-baru ini. Akan tetapi ini tidak bermakna kakitangan perlindungan alam sekitar di bandar Beijing boleh berehat dengan gembira. Seiring dengan perkhidmatan pemanas disediakan kepada para penduduk secara rasmi pada 15 November, pencemaran akibat pembakaran arang batu akan menjejaskan pelaksanaan "Rancangan Cuaca Cerah".

Berdasarkan maklumat Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Beijing, setakat 16 November lalu, jumlah hari yang cuacanya cerah mencatat 198 hari, masih berkurang 29 hari berbanding 227 hari yang ditetapkan oleh kerajaan Beijing. Ini bermakna dalam tempoh 44 hari pada tahun 2004 yang akan datang, jumlah hari yang cuacanya cerah harus mencapai 65%.

Menurut Naib Ketua Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Beijing Encik Du Shaozhong, selain iklim Beijing yang buruk disebabkan pencemaran geologi alam sekitar dan perubahan cuaca akibat musim sejuk yang panas, pelepasan asap ekzos kenderaan, industri, pencemaran pembakaran arang batu dan debu berterbangan akan menjejaskan cuaca di bandar Beijing.

Dimaklumkan, keluasan pembangunan di Beijing mencatat 120 juta meter persegi pada tahun ini. Pembinaan bangunan dilaksanakan dengan serentak di lebih 8000 tempat, akan tetapi, taraf kawalan pencemaran tidak mencatat standard di sekurang-kurangnya 30% kawasan pembinaan tersebut. Encik Du Shaozhong memberitahu wartawan, kebanyakan pencemaran di bandar Beijing disebabkan pelepasan asap ekzos kenderaan, setakat ini, terdapat 300 ribu kenderaan yang pelepasan asap ekzonsnya lebih tinggi daripada standard yang diketapkan di bandar Beijing.

"Rancangan Cuaca Cerah" berada pada saat yang penting, sempena ketibaan musim sejuk yang pencemaran udara di Beijing agak serius. Encik Du Shaozhong memberitahu wartawan, pada masa ini, badan perlindungan alam sekitar pelbagai peringkat di Beijing mengambil pelbagai tindakan untuk mengawal pencemaran, misalnya meningkatkan pemeriksaan terhadap debu yang berterbangan di tapak pembinaan, pembuangan minyak dan asap dari restorant makanan dan minuman, melarang dengan tegas pembakaran arang batu yang mengandungi sulfur yang banyak dan lain-lain.

Dimaklumkan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Beijing akan memantau sistem penyeliaan menerusi internet, menyelia dan mengawal pada bila-bila masa pelepasan karbon floro-floro, asap dan debu.