Sukan ekuestrian sudah bersejarah di China. Etnik Mongol, Uygur dan Kazak disebut etnik di atas kuda. Tetapi sebagai sejenis sukan dan cara riadah, ekuestrian mulai diminati orang ramai di bandar dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Pada hujung minggu dan hari cuti, ramai peminat ekuestrian bertumpu di padang ekuestrian di pinggir bandar Beijing, mereka memakai topi ekuestrian, menunggang kuda yang cantik, bersiar-siar di hutan atau menunggang kuda di lorong padang ekuestrian. Terdapat juga kanak-kanak yang baru belajar ekuestrian berlatih bersama-sama jurulatih di tepi padang.
Di padang rumput Kangxi Beijing, Encik Li sedang berlatih di Kelab Ekuestrian Yu Qilin. Beliau berkata,
"Menunggang kuda sangat bagus, sama ada kuda atau manusia kelihatan cantik. Persekitaran di padang ekuestrian juga menarik perhatian saya seperti langit biru, awam putih dan rumput hijau. Saya boleh menjauhkan diri dari kesibukan bandar dan boleh melapangkan fikiran."
Pemilik kelab itu, Encik Zhang Yuming berpuas hati dengan urus niaganya pada masa ini, beliau memberitahu wartawan, "terdapat lebih 60 ekor kuda di kelab saya dan seramai lebih 10 ribu orang menunggang kuda di sini setiap minggu. Terdapat belasan kelab ekuestrian di padang rumput Kangxi dan ramai orang juga menunggang kuda di sana."
Dalam tempoh enam tahun yang lalu, banyak kelab ekuestrian swasta ditubuhkan di pelbagai tempat di China khususnya di bandar yang ekonominya maju. Setakat penghujung tahun 2003, terdapat 44 buah kelab ekuestrian di Beijing, 10 kelab di Shanghai dan kira-kira 20 buah kelab di provinsi Guangdong. Angka-angka tersebut merupakan empat kali ganda berbanding tahun 1998.
Seramai puluhan ribu orang di China sentiasa menunggang kuda dan jumlah atlet yang berdaftar mencapai 500 orang, angka ini merupakan lima kali ganda berbanding 10 tahun yang lalu.
Ketua Setiausaha Persatuan Ekuestrian China, Encik Chang Wei berpendapat, walaupun biaya sukan ekuestrian sangat mahal, seiring dengan perkembangan ekonomi China, ramai orang terutamanya usahawan berkemampuan membiayai kos sukan itu dan semakin ramai orang berminat akan sukan tersebut. Encik Chang Wei berkata,
"Seiring dengan perkembangan ekonomi China, sukan ekuestrian semakin popular di kalangan orang yang bertaraf elit. Biaya sukan ekuestrian di kelab antara 50 hingga 200 yuan sejam dan ramai orang di bandar besar berkemampuan membayarnya. Ini telah memangkin perkembangan sukan ekuestrian di China."
Walaupun jumlah kelab dan peminat ekuestrian semakin bertambah, tetapi sukan ini masih berada dalam peringkat permulaan di China. Masalah yang paling menonjol ialah kekurangan jurulatih ekuestrian.
Encik Chang Wei memaklumkan bahawa Persatuan Ekuestrian China sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut, mereka menjalankan kerjasama dengan Kolej Hartpury Britain iaitu kolej ekuestrian yang terkenal di negara itu. Persatuan Ekuestrian China menghantar jurulatih dan atlet menjalani latihan di Kolej Hartpury dan bersama-sama membincangkan cara menjalankan sistem pengesahan jurulatih ekuestrian di China.
"Kami telah menandatangani perjanjian kerjasama tempoh empat tahun dengan Kolej Hartpury. Kami menghantar jurulatih dan atlet ke kolej itu, kolej itu juga menghantar jurulatih untuk mengajar di China."
(Persembahan ekuestrian)
Encik Chang menambah, sistem pengesahan jurulatih ekuestrian yang akan dilaksanakan ditetapkan berdasarkan standard antarabangsa. Hanya mereka yang lulus sistem pengesahan itu baru berkelayakkan mengajar di kelab ekuestrian. Pelaksanaan sistem pengesahan tersebut akan memangkin peningkatkan taraf jurulatih ekuestrian. Di samping itu, Persatuan Ekuestrian China juga akan menjalankan ujian terhadap semua kelab ekuestrian dalam negeri, tindakan ini akan membantu para peminat ekuestrian China menikmati panduan dan perkhidmatan yang lebih baik serta meningkatkan taraf atlet bukan profesional sukan ekuestrian China.
Encik Chang Wei berkata, "Kami amat mengutamakan peningkatan taraf atlet bukan profesional kerana mereka ialah asas sukan ekuestrian di China."
----Wang Jin
|