Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-19 20:45:52    
Ekspo China-ASEAN Pertama Capai Kejayaan

CRI
Ekspo China-ASEAN pertama telah ditutup di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China pada awal bulan ini. Ekspo itu merupakan ekspo peringkat paling tinggi antara China dan ASEAN dan juga merupakan ekspo terbesar pertama sejak rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) digerakkan pada November 2002. Oleh sebab itu, ekspo itu telah menarik perhatian pihak kerajaan, perusahaan dan media China dan negara-negara ASEAN.

Menganjurkan Ekspo China-ASEAN pertama merupakan salah satu tindakan penting yang diambil oleh kerajaan China untuk meningkatkan hubungan rakan strategik dengan negara-negara ASEAN yang bergerak menuju ke arah perdamaian dan kemakmuran bersama, dan juga demi mendorong rundingan kedua-dua pihak tentang penubuhan CAFTA dan mempercepat proses penubuhannya.

Dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN yang diadakan pada masa yang sama dengan ekspo China-ASEAN, Menteri-Menteri Perdagangan pelbagai negara ASEAN menyatakan, kedua-dua pihak akan mendorong proses itu untuk mendapat faedah pengurangan cukai.

Pada 4 November 2002, pemimpin China dan 10 negara ASEAN telah bersama-sama menandatangani Rangka Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN. Sejak itu, proses penubuhan CAFTA telah digerakkan secara rasmi. Selepas banyak perundingan diadakan, kedua-dua pihak telah mencapaikan persepakatan tentang perjanjian perdagangan barangan. Perjanjian itu akan ditandatangani dalam sidang kemuncak 10+1 di Vientiane, ibu negara Laos pada akhir bulan ini.

Berdasarkan statistik yang diumumkan dalam sidang akhbar yang diadakan pada 6 November iaitu hari Ekspo China-ASEAN ditutup, jumlah perdagangan ekspo kali ini mencatat 1.03 bilion dolar Amerika dan 129 program pelaburan yang bernilai 4.968 bilion dolar Amerika telah ditandatangani. Antaranya 46 program melibatkan pelaburan China ke luar negara. Statistik itu menandakan ekspo China-ASEAN kali ini telah mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN berkembang ke arah lebih realistik.

Semasa menyentuh tujuan menyertai ekspo kali ini, wakil perusahaan Malaysia semuanya menyatakan bahawa mereka berharap memperkenalkan dan mempromosikan keluaran mereka ke pasaran China dan mencari peluang berniaga dengan rakan dagang di China.

Di gerai pameran MARA dan Hai-O Malaysia, pemberita menyaksikan ramai pelawat datang ke gerai itu untuk merasai makanan tempatan Malaysia. Seorang wakil perusahaan China sedang berbincang dengan wakil MARA tentang perkara mengimport produk dari Malaysia.

Ramai peniaga ASEAN menyatakan mereka sudah mula menanti-nantikan Ekspo China-ASEAN kedua pada tahun depan walaupun ekspo kali ini baru berakhir. Dengan kejayaan dan pengalaman ekspo kali ini, kami yakin Ekspo China-ASEAN Ke-2 yang akan diadakan pada November tahun depan akan mencapai kejayaan lebih besar.

----Puspa