Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-19 15:29:08    
China Terus Laksanakan Strategi Pembangunan Kawasan Barat

CRI
Forum Kawasan Barat China 2004 telah dirasmikan di bandar Nanning, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China semalam. Beberapa orang pegawai kanan kerajaan China dalam upacara perasmian menyatakan, strategi pembangunan di kawasan barat China tidak akan berubah.

Strategi pembangunan kawasan barat China mulai dilaksanakan pada tahun 2000. Tindakan itu adalah bertujuan mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan barat dengan kawasan timur China dan meningkatkan taraf hidup rakyat di bahagian barat.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengambil beberapa tindakan untuk memangkin strategi tersebut seperti memperuntukan sejumlah besar modal dalam pembinaan kemudahan asas, memberikan keutamaan pungutan cukai dan lain-lain.

Forum Kawasan Barat China 2004 diadakan selama dua hari. Seramai lebih 300 orang pegawai kerajaan, wakil perusahaan dan pakar China menghadiri forum tersebut. Topik utama forum itu ialah "Bangunkan bahagian barat dengan menyeluruh, selaras dan berterusan berdasarkan konsep pembangunan sains".

Kerajaan China telah mengamalkan dasar kawalan makro pada tahun ini, membendung pelaburan yang terlalu banyak dengan tindakan pentadbiran dan pasaran. Berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam forum kali ini, dasar kawalan makro tidak akan mempengaruhi proses pelaksanaan strategi pembangunan bahagian barat.

Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan dalam upacara perasmian forum tersebut memaklumkan, ekonomi di kawasan barat China berkembang pesat sejak strategi itu dilaksanakan, kadar pertumbuhan KDNK di kawasan barat mencapai 10% setahun.

Dimaklumkan, kerajaan China akan menyusun semula strategi pembangunan di kawasan barat China supaya ia sesuai dengan perkembangan sosioekonomi keseluruhan China. Pegawai kanan Dewan Negara China, Encik Li Zibin menyatakan, pelaksanaan strategi pembangunan kawasan barat China mesti sesuai dengan dasar kawalan makro China.

Beliau menyatakan, kerajaan China akan mengembangkan perindustrian sumber tenaga, perlombongan, pelancongan, pertanian dan penternakan.