Wanyi dan isterinya Gao Mulan yang berumur lebih 40 tahun menetap di provinsi Guizhou dan bekerja dengan sibuk sepanjang hari di kandang babi dan rumah pertanian bunga-bungaannya. Wanyi berkata bahawa babi ternakannya telah membesar dengan cepat dan boleh dijual selepas diternak selama 100 hari. Pengetahuan tentang penyelenggaraan kandang babi, cara penternakan dan lain-lain. Saya pelajari melalui pendidilkan jarak jauh. Saya berasa sungguh bangga kerana berjaya dalam bidang perternakan babi dan telah membina belasan buah kandang babi pada tahun ini. Selain itu, usaha beliau menanam bunga-bungaan dijangka akan mencapai kejayaan. Teknik penanaman bunga baru saya ketahui melalui pendidikan jarak jauh.
Pendidikan jarah jauh merupakan salah satu langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian China dalam tempoh dua tahun ini untuk membantu kaum petani meningkatkan kemahiran profesional dan pendapatan mereka. Kami berusaha untuk membantu kaum petani memperoleh pengetahuan sains dan teknologi dalam bidang pertanian, membaharui pandangan mereka menghasilkan pertanian berdasarkan sains dan teknologi melalui pendidikan jarah jauh yang disiarkan melalui siaran TV.
Provinsi Guizhou terletak di bahagian barat daya China yang ekonominya mundur. Pempopularan pendidikan jarah jauh di kampung itu telah dilaksanakan pada tahun 2003. Demi memastikan setiap petani dapat mengikuti pendidikan jarak jauh, pihak kerajaan telah menyediakan kelas pendidikan jarak jauh di setiap kampung.
Sebuah set TV warna skrin besar diletakkan di dalam kelas pendidikan jarah jauh di kampung itu. Seramai lebih 1300 orang penduduk kampung mengikuti pendidikan jarak jauh menerusi siaran TV.
Seorang pegawai kerajaan berkata bahawa buku teks dan cakera padat bolah dipinjam secara percuma dari kampung itu pada bila-bila masa. Jawatankuasa kampung itu telah membeli komputer untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk kampung melayari laman web, mendapatkan maklumat dan data hasil pertanian.
Sekarang anggota keluarga Wanyi dan penduduk kampung yang lain pada waktu lapang belajar di kelas pendidikan jarah jauh. Mereka berdua menternak 10 ekor babi, membina lebih 10 rumah pertanian menanam bunga menggunakan teknik moden menerusi pendidikan jarak jauh. Beliau memberitahu wartawan bahawa penternakan babi dan tanaman salingan dan tanaman sisipan juga baru mereka belajar menerusi pendidikan jarah jauh. Beliau berkata bahawa penanaman bunga mendapat faedah daripada penternakan babi kerana najis babi boleh digunakan sebagai baja pertanian. Kami mendapat keuntungan yang banyak dalam usaha menanam bunga dan menternak babi.
Yang Lishu, ketua kampung tersebut berkata setiap anggota keluarga petani di kampung itu berhasrat mempelajari dengan bersungguh sungguh teknik pertanian berdasarkan sains dan teknologi. Beliau berkata bahawa hanya lebih 20 buah rumah pertanian menanam bunga dibina di kampung kami sebelum pelaksanaan pendidikan jarak jauh. Sekarang, terdapat lebih 300 buah rumah pertanian menanam bunga yang baru telah dibina selepas mereka mengikuti pendidikan jarak jauh.
Persatuan Penanaman Bunga telah ditubuhkan di kampung itu untuk membantu kaum petani kampung itu berurusniaga bunga segar dengan pendatang luar negara melalui pertubuhan tersebut.
Pendapatan perkapita setiap keluarga penduduk kampung meningkat setiap tahun berjumlah 200 hingga 300 yuan Renminbi berbanding tahun yang lalu.
Menurut rancangan program pada tahun 2010, pendidikan jarak jauh yang disediakan untuk para petani China itu akan dipopularkan kepada lebih 700 ribu penduduk kampung dan lebih 40 ribu penduduk pekan supaya lebih ramai petani dapat memperbaiki taraf hidup mereka berdasarkan kemampuan diri sendiri.
|