Pakar Perubatan Biologi yang terkemuka, Prof. David D. Ho baru-baru ini menunjukkan bahawa penyakit AIDS akan menjadi ancaman yang lebih serius terhadap kesihatan penduduk China. Badan berkenaan China patut menumpukan perhatian dalam perjuangan mengatasi penyakit itu.
David D. Ho menyatakan demikian semasa menghadiri Sidang Tahunan Persatuan Sains China di Boao, Hainan China.
Beliau berkata, dalam masa terdekat ini, China telah mencapai kemajuan dalam bidang mencegah penyakit AIDS. Kerajaan mula menyediakan perkhidmatan pemeriksaan HIV yang percuma untuk warga negara ini dan menggalakkan penduduk menggunakan kondom serta mengambil tindakan pengawalan di Provinsi Henan yang mempunyai ramai orang yang dijangkiti virus HIV.
|