Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-22 14:10:12    
China Cepatkan Pembentukan Sistem Komunikasi Moden

Agensi Berita Xinhua China

Konsep dan tindakan rakyat China mengalami perubahan dalam bidang memilih cara komunikasi. Orang ramai lebih mengutamakan cara perjalanan yang selamat, cepat, seronok dan mudah, bahkan bergaya yang memperlihatkan keunikan sendiri. Sehubungan dengan itu, mempercepat perkembangan sistem pengangkutan, keunggulan pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang merupakan tugas utama perkembangan komunikasi China pada masa depan.

Berdasarkan maklumat badan komunikasi China, kerajaan China sedang mempercepat pembentukan sistem komunikasi moden, menggalakkan persaingan yang teratur dalam perkhidmatan pengangkutan, berusaha agar masalah ketegangan komunikasi jalan raya dan laluan pelayaran dapat diringankan pada tahun 2010 dan sekatan terhadap ekonomi nasional diatasi secara menyeluruh; perkhidmatan pengangkutan bersesuaian dengan permintaan pertumbuhan ekonomi, kemajuan masyarakat dan keselamatan negara pada tahun 2020.

Naib Menteri Komunikasi China Weng Mengyong dalam "Forum Perkembangan secara Berterusan Komunikasi China" yang diadakan baru-baru ini menyatakan, pembangunan sistem komunikasi China akan mengutamakan pembangunan kemudahan infrastruktur, perkhidmatan pengangkutan, jaminan dan di selia oleh kerajaan.

Menurut Encik Weng Mengyong, di samping meningkatkan pembangunan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan laluan pelayaran, China akan berusaha mengubah keadaan perkembangan perkhidmatan pengangkutan lebih lambat daripada pembinaan lebuh raya, terutamanya pembangunan pengangkutan melalui sungai lambat, daya saingan antarabangsa dalam bidang pengangkutan lautan kurang kuat, meningkatkan keupayaan jaminan keselamatan, penyeliaan pasaran dan bantuan perkhidmatan kepada penduduk awam.

Berdasarkan maklumat, China merancang menyelesaikan secara menyeluruh pembinaan lebuh raya utama peringkat negara sebelum penghujung tahun 2007, membentuk jaringan lebuh raya yang menghubung bandar utama di China. Pada tahun 2010, laluan lebuh raya yang menghubungi provinsi yang standardnya tinggi akan dibina di bahagian barat, di samping itu, pembinaan lebuh raya ekspres peringkat negara akan diselesaikan agar jaringan lebuh raya ekspres yang menghubungi bandar yang lengkap dibentuk di kawasan Delta Sungai Yangtze, Delta Sungai Mutiara dan kawasan di sepanjang Laut Bohai. Serentak itu, pembinaan dan pengubahsuaian lebuh raya di desa akan dipercepat. Kerajaan China akan mengutamakan pengubuahsuaian lebuh raya di tempat pengeluar hasil pertanian, kawasan mundur dan kawasan etnik minoriti, berusaha agar lebuh raya dibuka kepada semua desa di China yang mempunyai syarat tertentu pada tahun 2010.

Dalam bidang laluan pengangkutan pelayaran, badan komunikasi akan terus menyokong pembinaan pusat pengangkutan pelayaran antarabangsa di bandar Shanghai dan Dalian serta pelabuhan penting lain, membentuk sistem pengangkutan profesional dalam bidang kontena, minyak mentah, arang batu dan lain-lain. Meningkatkan pembinaan laluan pelayaran di kuala Sungai Yangtze, kuala Sungai Mutiara dan perlabuhan utama yang bersesuaian dengan keperluan kapal yang besar.

Encik Weng Mengyong menyatakan, keunggulan pelbagai cara perkhidmatan pengangkutan harus dinaik taraf dalam usaha mengembangkan sistem pengangkutan berdasarkan syarat ekonomi pasaran, mengutamakan perkembangan komunikasi dan pengangkutan kerana usaha itu bersangkut paut dengan perkembangan ekonomi nasional.

----Ching