Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-22 14:22:48    
Pengenalan tentang Perubatan Tanah Tinggi Berkembang Maju di Provinsi Qinghai China

Agensi Berita Xinhua China

Provinsi Qinghai terletak di Tanah Tinggi Qinghai-Tibet, bahagian barat laut China. Ketinggian Tanah Tinggi Qinghai-Tibet lebih 4 ribu meter dari paras laut, keluasannya menduduki kira-kira 1/4 wilayah China dan penduduknya berjumlah lebih 10 juta orang. Ia merupakan tanah tinggi yang paras lautnya paling tinggi, paling luas dan penduduknya paling ramai di seluruh dunia.

Pada Mei dan Jun setiap tahun, Jabatan Kesihatan Provinsi Qinghai menghantarkan satu pasukan penyelidikan perubatan ke pelbagai tempat di Tanah Tinggi Qinghai-Tibet untuk melakukan kajian tentang suasana alam sekitar dan keadaan kesihatan penduduk tempatan. Encik Chen Ziquan, Ketua Jabatan Kesihatan Provinsi Qinghai memaklumkan, "Mengkaji dan menyelidik perubatan tanah tinggi dan mencegah penyakit tanah tinggi sangat penting untuk menjamin kesihatan rakyat pelbagai etnik dan menggalakkan pelaksanaan strategi pembangunan bahagian barat. Jabatan Kesihatan Provinsi Qinghai sentiasa menganggap kajian perubatan tanah tinggi sangat penting. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kami menumpukan perhatian terhadap kajian perubatan di tanah tinggi dan mencapai kejayaan besar."

Kajian perubatan di tanah tinggi Qinghai dimulakan pada tahun 1950-an. Provinsi Qinghai terletak di lokasi muka bumi yang tinggi, iklimnya buruk dan terdapat agak ramai penduduk tempatan mengidap penyakit kronik tanah tinggi.

Pada tahun 1960, kumpulan penyelidikan perubatan tanah tinggi yang terdiri daripada lebih 20 orang kakitangan dari 5 bahagian kementerian kesihatan termasuk Hospital Rakyat Provinsi Qinghai dan Pusat Kuarantin Kesihatan Provinsi Qinghai telah mengadakan penyelidikan selama 4 bulan di 8 kawasan di provinsi Qinghai, dan bahan-bahan yang mereka peroleh merupakan bahan penting dalam perubatan di tanah tinggi Qinghai.

Pada tahun 1978, Institut Perubatan Tanah Tinggi Qinghai—badan yang mengusahakan penyelidikan perubatan tanah tinggi yang pertama di China ditubuhkan.

Encik Wu Tianyi, Presiden Institut Perubatan Tanah Tinggi Qinghai memaklumkan, "Kami telah mencapai kejayaan besar dalam tempoh kajian itu selama puluhan tahun yang lalu. Kami telah mengadakan kajian terhadap persekitaran Tanah Tinggi Qinghai-Tibet dan kesihatan penduduk khasnya. Di sini terdapat penduduk etnik Tibet yang telah tinggal di Tanah Tinggi Qingzang selama puluhan ribu tahun, dan juga terdapat penduduk bangsa Han yang berpindah dari kawasan lain. Setelah mengadakan penyelidikan terhadap kedua-dua kumpulan rakyat tersebut melalui perbandingan, kami memperolehi maklumat tentang kajian biologi yang bernilai tinggi."

Sejak tahun 1990, Institut Perubatan Tanah Tinggi Qinghai dan badan kajian perubatan Jepun pernah beberapa kali menubuhkan pasukan penyelidik perubatan bersama China-Jepun dan mengadakan ujian fisiologi tentang dataran tinggi di kawasan yang paras lautnya lebih 5 ribu meter.

Encik Wu Tianyi berjaya mengetuai anggota pasukan itu mendaki ke kawasan bekuan ais batu yang paras lautnya setinggi 5260 meter dan memperolehi data perubatan yang penting dalam kajian sains perubatan.

Beliau berkata, "Sebagai anggota pasukan penyelidikan perubatan tanah tinggi, kami harus dengan berani menghadapi cabaran kekurangan oksigen, dan selalu mendaki kawasan yang paras lautnya setinggi lebih 5 ribu meter. Jika kami sendiri tidak mempunyai pengalaman kekurangan oksigen, masakan boleh memperolehi bahan penting yang berharga dari segi kajian perubatan?"

----AZMI