Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-22 14:40:49    
Cerita tentang Kehidupan selepas Bersara yang Dinikmati Orang Tua di Komuniti Chunshuyuan, Beijing, China

CRI

Sewaktu memperkatakan orang tua, saudara barangkali membayangkan orang tua yang berjalan perlahan-lahan, mengidap pelbagai penyakit, mata rabun, pendengaran kurang baik dan tinggal kesepian.

Keadaan tersebut biasanya menyebabkan orang tua kehilangan minat terhadap kehidupan dan keyakinan diri sehingga tidak ingin bergaul dengan orang lain.

Orang tua yang baru bersara mengalami perubahan yang lebih serius.

Sebelum bersara, mereka bekerja dengan sibuk, walaupun wujud juga tekanan kerja, tetapi mereka sentiasa mempunyai matlamat dan juga dapat mewujudkan imej diri dalam kerja.

Setelah bersara, kehidupan mereka berubah. Biasanya mereka hanya menghabiskan banyak masa di rumah, bersama keluarga, menonton drama TV dan bersiar-siar di taman. Jika kesihatannya kurang baik, tidak dapat dipelihara oleh anggota keluarganya, keadaan itu akan menjadi lebih buruk. Maka terdapat ramai orang tua sukar menerima perubahan seumpama itu dan menganggap mereka sendiri telah menjadi bebanan masyarakat dan keluarga.

Bagimanapun, di Komuniti Chunshuyuan, Daerah Xuanwu, Bandar Beijing China, wartawan CRI berjumpa ramai orang tua yang hidup gembira dan sihat.

Ini adalah latihan yang diikuti oleh Kumpulan Paduan Suara Orang Tua Komuniti Chunshuyuan sebelum pertandingan nyanyian diadakan.

Pada setiap tahun, kerajaan Daerah Xuanwu mempelawa orang tua di setiap komuniti menyertai pertandingan nyanyian, dan matlamatnya adalah untuk menggalakkan mereka bersikap optimis dan menikmati kehidupan yang sihat.

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka bermacam-macam, ada yang menyanyikan lagu pembangunan tanah air, kehidupan yang baik, moral dan tamadun, dan juga ada yang menyanyikan perlindungan alam sekitar.

Puan Qiao Ping yang berumur 58 tahun telah menyertai selama beberapa tahun kumpulan paduan suara. Beliau sangat suka menyanyi semasa masih muda, dan selalu menyanyikan lagu secara solo semasa malam gembira diadakan di tempat kerjanya. Pada masa ini, beliau sudah bersara dan menyertai latihan kumpulan paduan suara orang tua.

Beliau berkata kepada wartawan CRI, "Setelah menyertai aktiviti tersebut, saya berasa kehidupan menjadi dinamik semula, dan saya gembira dapat selalu mengenang kembali perkara yang diminati pada muda. Aktiviti seumpama itu baik bagi kesihatan."

Sebenarnya, Komuniti Chunshuyuan merupakan komuniti yang satu-satunya yang pernah dikunjungi oleh Delegasi Penilaian Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa di China.

Jawatankuasa Komuniti tersebut menanam banyak pokok, bunga dan rumput serta membina kemudahan olahraga.

Pada setiap hari, terdapat ramai penduduk bersiar-siar atau berolahraga di kawasan lapang komuniti Chunshuyuan.

Sewaktu mengadakan wawancara, wartawan CRI mendapati ramai orang tua bermain Jianzi.

Puan Liu Zhongqun, pemain Jianzi berkata, "Setelah bersara, saya bertambah gemuk. Maka saya berpendapat saya harus beriadah. Dengan demikian, saya mulai bermain Jianzi. Setelah mengikuti latihan Jianzi, saya berasa badan menjadi lebih sihat dan timur semakin nyenyak. Pada masa dahulu, saya mengidap penyakit tekanan darah tinggi, sekarang penyakit tekanan darah tidak tinggi, dan saya sudah stabil."

Ketua Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Chunshuyuan Encik Li Bing berkata, "Kami melaksanakan 'Rancangan Cahaya Matahari Terbenam Sukan Olimpik" yang mengutamakan aktiviti olahraga dan kesenian. Perkhidmatan tersebut terutamanya dikhususkan kepada kumpulan orang tua agar mereka dapat menikmati kehidupan dinamik dan sihat selepas bersara."

----AZMI