Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan baru-baru ini semasa mengadakan tinjauan di Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China menegaskan, kawasan barat China harus menumpukan perhatian terhadap keberkesanan pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan ekologi, serta membangunkan industri yang bersesuaian dengan situasi di kawasan tersebut.
Zeng Peiyan menegaskan, kawasan barat China harus mendorong pembangunan ekonomi dan industri yang menjimatkan sumber alam dan menumpukan perhatian terhadap perlindungan alam sekitar.
|