Menurut berita CRI, pada tahun ini, jumlah pelancong dari luar negara meningkat besar-besaran. Jumlah pendapatan wang asing sektor pelancongan China pada 10 bulan pertama tahun ini sudah melebihi 19.2 bilion dolar Amerika, lebih tinggi 1.85 bilion dolar Amerika berbanding jumlah tersebut sepanjang tahun lalu.
Dimaklumkan, pada 10 bulan pertama tahun ini, jumlah pelancong asing di China melebihi 89 juta orang, meningkat 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Berdasarkan laporan Pertubuhan VISA Antarabangsa, China telah menjadi destinasi pelancongan yang paling popular di rantau Asia-Pasifik.
|