Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Hui Liangyu hari ini menyatakan dalam satu sidang yang diadakan di Beijing, seiring dengan bertambahannya keluasan hutan selama beberapa tahun ini, ekologi alam sekitar di pelbagai tempat di China semakin bertambah baik.
Hui Liangyu menyatakan, sejak abad baru, kempen penghijauan China dipercepat, dari tahun 2002 sehingga tahun 2004, keluasan hutan akan melebihi 20 juta hektar. Pada masa yang sama, projek penting industri perhutanan China, iaitu melindungi hutan asli, mengatasi ribut pasir, melindungi binatang dan tumbuhan liar dan tanah paya dan lain-lain, telah mencapai kejayaan.
|