Menurut berita CRI, Forum melindungi Hak Harta Intelektual Pertubuhan Kastam Dunia hari ini diadakan di Shanghai.
Naib Perdana Menteri China Wu Yi mengutus surat tahniah kepada penganjur forum itu di China, dan menegaskan semua jabatan kastam rantau Asia-Pasifik harus meningkatkan kerjasama melaksanakan undang-undang hak harta intelektual, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang termasuk cetak rompak dan lain-lain.
Forum ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Kastam Dunia dan Jabatan Kastam China.
|