Menurut berita CRI, Biro Statistik Negara China hari ini mengumumkan, pada 10 bulan pertama tahun ini, jumlah keuntungan perusahaan industri besar dan sederhana China mencapai lebih 900 bilion Yuan RMB, meningkat hampir 40% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Berdasarkan statistik, pada 10 bulan pertama tahun ini, peningkatan keuntungan perusahaan milik negara dan swasta masing-masing mencapai lebih 40% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
|