Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Pengarah Biro Doktor Haiwan Kementerian Pertanian China, Jia Youling baru-baru ini di bandar Shenyang menyatakan bahawa nilai keluaran sektor penternakan China dijangka pertama kali akan melebihi 1000 bilion yuan RMB pada tahun ini.
Jia Youling berkata, China telah mengutamakan pembangunan sektor penternakan dan penggembalaan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Kerajaan China telah mengemukakan beberapa tindakan dan dasar penting untuk menyokong pembangunan sektor tersebut. Kementerian Pertanian China telah melaksanakan projek perlindungan binatang, projek penyempurnaan spesis ternakan dan lain-lain.
|