Menurut Agensi Berita Xinhua, Pegawai Pejabat Asia Barat-Afrika Utara Kementerian Perdagangan China semalam menyatakan, jumlah perdagangan China-Afrika meningkat dengan cepat, setakat 9 bulan pertama tahun ini, jumlah perdagangan telah melebihi 20 bilion dolar Amerika, dan mengatasi rekod peningkatan pada tahun-tahun sebelum itu..
Demikian dinyatakan oleh pegawai tersebut semasa menyampaikan ucapan dalam seminar yang diadakan di Beijing. Beliau berkata bahawa ekonomi China dan Afrika saling melengkapi, potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan amat besar. Beliau juga menyatakan, China akan mengambil tindakan menyediakan lebih banyak kemudahan kepada Syarikat Afrika agar barangan mereka dapat memasuki pasaran China.
|