Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-25 16:27:48    
Tindakan Anti Dadah di China Mencapai Kejayaan

CRI

Semenjak pihak polis China melaksanakan tindakan anti dadah di seluruh negara pada Julai lalu, mereka telah membongkar sejumlah kes penjualan dadah di dalam negeri dan mencapai kejayaan dalam pembanterasan penyeludupan dadah. Dengan usaha itu, kegiatan jenayah dadah telah dicegah dengan berkesan di China.

Kini, China menghadapi cabaran yang hebat dalam usaha membanteras dadah berikutan penyeludupan dadah dari luar negara semakin serius dan tempat pengeluar dadah semakin bertambah banyak di China. Selepas sidang kerja anti dadah kebangsaan China diadakan pada bulan Jun lalu, pihak polis China mulai bekerjasama dengan badan komunikasi, penerbangan awam, kastam dan pelbagai badan berkaitan melaksanakan tindakan membanteras dadah secara besar-besaran di China.

Naib Ketua Pengarah Bahagian Anti Dadah Kementerian Keselamatan Awam China, Chen Cunyi memaklumkan, semenjak bulan Julai hingga November ini, pihak polis China telah membongkar lebih 1000 kumpulan jenayah dadah, menahan penjenayah dadah lebih 10 ribu orang dan merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 6 tan.

Selain itu, pihak polis China juga melaksanakan kerjasama antarabangsa dan berjaya membongkar sejumlah kes jenayah transnasional penjualan dadah. Antaranya, kes penjualan dadah "15 Mac" yang dibongkar melalui kerjasama pihak polis China dan Thailand itu yang merampas heroin seberat lebih 460 kilogram serta duit penjualan dadah sebanyak 2 juta Yuan Renminbi.

Pegawai anti dadah dari Kedutaan Besar Thailand di China, Wanchai Disates menyatakan, Thailand dan China telah banyak kali mengadakan kerjasama dalam usaha anti dadah dan mencapai kejayaan yang besar. Beliau berkata, "kes '15 Mac' itu bukan kerjasama yang pertama kali diadakan oleh Thailand dan China dalam usaha membanteras dadah, dan kedua-dua pihak telah bekerjasama dalam bidang itu semenjak tahun 2002. Pihak polis China mengemukakan konsep yang baru untuk mendorong kerjasama anti dadah."

Dimaklumkan, disamping mengekalkan usaha membanteras dadah, Kementerian Keselamatan Awam China juga akan meningkatkan propaganda anti dadah kepada kaum remaja dan berusaha untuk menubuhkan mekanisme anti dadah yang kekal di China.