Menurut Agensi Berita China, pegawai Shanghai telah memaklumkan persiapan Ekspo Dunia Shanghai 2010 China dan peluang perdagangan ekspo itu kepada anggota "Delegasi Ekonomi Belgium di China" yang melawat Shanghai semalam.
Timbalan Ketua Biro Penyelarasan Hal-Ehwal Ekspo Dunia Shanghai, Dai Liu telah memaklumkan perancangan dan pembinaan taman ekspo, kerjasama perdagangan francais, pelaburan sektor perhotelan, industri pelancongan dan lain-lain.
|