Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-25 19:38:43    
Pasukan Bola Sepak Lelaki China Gagal Melayakkan Diri ke Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman 2006

CRI

Setelah mencapai kejayaan dalam Pertandingan Bola Sepak Piala Asia yang diadakan di China pada musim panas yang lalu, pasukan bola sepak lelaki China pada 17 November lalu telah gagal melayakkan diri ke Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Lelaki Jerman 2006, sukan bola sepak di China sekali lagi mengalami kemerosotan.

Di Stadium Tianhe Guangzhou pada 17 November lalu, peminat bola sepak China sedang bersorak-sorai meraikan kejayaan pemain China Li Weifeng menjaringkan gol ke-7 untuk pasukan China sebelum pertandingan tersebut berakhir. Tetapi satu minit kemudian, stadium yang mampu menampung 60 ribu penonton telah menjadi sunyi. Ini kerana walaupun pasukan China telah mengalahkan pasukan Hong Kong dengan jaringan 7:0, tetapi masih gagal melayakkan diri ke Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman 2006. ini kerana dalam pertandingan antara pasukan Kuwait dan Malaysia yang diadakan pada masa yang sama, pasukan Kuwait telah mengalahkan pasukan Malaysia dengan jaringan 6:1. Walaupun kutipan mata China dan Kuwait adalah sama, tetapi jumlah gol pasukan China kurang satu berbanding Kuwait. China dengan itu gagal melayakkan diri Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman 2006.

Pemain China Shao Jiayi yang menjaringkan dua gol dalam pertandingan tersebut menyatakan, "Semasa pertandingan berakhir, saya belum tahu sama ada kami sudah melayakkan diri atau tidak. Setelah mengetahui keputusan, kami berasa sangat kecewa dan sedih. Boleh dikatakan, masa depan kami sudah tidak boleh kami sendiri menentukan sebelum pertandingan itu dimulakan. Tetapi kami sudah berusaha dalam pertandingan itu dan telah mempersembahkan corak permainan yang cukup menarik kepada para penonton. Kehilangan peluang kali ini sangat mengecewakan kami."

Oleh sebab pasukan China tidak berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman, jurulatih pasukan China, Arie Haan dari Belanda meletakkan jawatannya untuk mengotakan janji beliau. Arie Haan dengan kecewa berkata, "Malam ini saya berasa sangat sedih. Kami mempunyai peluang, tetapi kegagalan dalam pertandingan dengan Kuwait mengakibatkan kami mengalami kesukaran."

Tetapi Arie Haan juga menegaskan, kegagalan melayakkan diri ke pertandingan piala dunia menjadi pengalaman pahit kepada sebarang pasukan, tetapi pasukan China tidak boleh berputus asa atas masa depan sukan bola sepak China, dan juga tidak boleh menafikan kemajuan sukan bola sepak China kerana gagal dalam satu kali pertandingan. Semasa menyentuh tentang kejayaan dalam tempoh 2 tahun semasa Ariel Haan menyandang jawatan jurulatih pasukan China, beliau menegaskan, "Pada permulaannya kami ingin meningkatkan taraf mutu permainan pasukan, agar pemain China boleh memahami dengan lebih baik sukan bola sepak. Kejayaan dalam tempoh dua tahun itu tidak boleh dinafikan dengan satu kegagalan dalam pertandingan. Kegagalan itu juga tidak boleh menjejaskan kemajuan sukan bola sepak China. Saya berharap rakyat China jangan berputus asa atas kegagalan tersebut.

Sebagai pemain bola sepak yang terkenal, Shao Jiayi berkata, "Kami harus berusaha lagi, besok kami akan terus menyertai pertandingan liga. Kami masih mempunyai peluang lagi, misalnya Piala Asia pada tahun 2007, Sukan Olimpik pada tahun 2008. semasa menyertai pertandingan kelayakan bola sepak piala dunia pada tahun 2010, umur saya sudah 30 tahun. Kegagalan kali ini menjadi pengalaman kepada kami, agar kami boleh menghargai setiap kali peluang supaya tidak kecewa lagi."

Sebenarnya kegagalan pasukan bola sepak China kali ini ada kesalahan Arie Haan, tetapi bukan semua tanggungjawab beliau. Kegagalan pasukan China kali ini telah mencerminkan kekurangan sukan bola sepak China. Naib Pengerusi Persatuan Bola Sepak China Yang Yimin menegaskan, taraf bola sepak pasukan China yang ada sekarang mencerminkan taraf mutu sukan bola sepak negara ini dan taraf pertandingan liga China. Beliau berkata, "Taraf sukan bola sepak China masih rendah berbanding taraf antarabangsa. Walaupun sukan bola sepak China mengadakan pembaharuan dan menubuhkan pertandingan liga pada tahun 1992, tetapi taraf sukan bola sepak China masih rendah. Kami harus meningkatkan taraf mutu pertandingan liga, baru boleh meningkatkan taraf pasukan negara.

Yang Yimin menyatakan, Persatuan Bola Sepak China akan berusaha meningkatkan taraf sukan bola sepak negara ini dan pertandingan liga China.

(Ari Haan, Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak China)

Kegagalan pasukan China melayakkan diri ke Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia Jerman 2006 sangat mengecewakan, tetapi pasukan bola sepak China dan sukan bola sepak China akan terus berusaha untuk mencapai kemajuan.

----Andika