Dengan usaha bersama-sama dan kerjasama China, Laos, Thailand dan Bank Pembangunan Asia, laluan antarabangsa yang menyambungkan China, Laos dan Thailand, iaitu lebuh raya Kunming-Bangkok telah mula dibina secara menyeluruh baru-baru ini.
Lebuh raya Kunming-Bangkok sepanjang 1887 kilometer, bertolak dari Bandar Kunming bahagian barat daya China sampai ke Bangkok, ibu negara Thailand. Lebuh raya di wilayah Laos yang mula dibina baru-baru ini merupakan bahagian yang dibina terakhir dalam lebuh raya tersebut dan akan dibina bersama-sama oleh China, Thailand dan Laos.
Berdasarkan rancangan, Lebuh Raya Kunming-Bangkok akan dirasmikan pada tahun 2007.
Upacara perasmian projek pembinaan semula lebuh raya negara yang ke-7 di Kemboja yang dibantu oleh kerajaan China telah diadakan pada 18 November yang lalu. Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah melancarkan upacara perasmian tersebut.
Seramai lebih 10 ribu orang termasuk Pegawai kanan Kemboja, delegasi ekonomi dan perdagangan China, duta besar China di Kemboja Hu Qianwen serta utusan beberapa negara di Kemboja telah menghadiri upacara perasmian tersebut.
Dalam upacara tersebut, Perdana Menteri Hun Sen telah menyampaikan ucapan untuk merakamkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat China atas bantuan mereka kepada Kemboja dalam masa yang panjang serta sumbangan mereka untuk memelihara kestabilan dan mengembangkan ekonomi Kemboja.
Lebuh raya negara yang ke-7 yang dirasmikan itu akan memperbaiki keadaan lalu lintas di bahagian timur laut Kemboja yang kurang maju, agar sumber yang kaya di kawasan tersebut boleh digunakan secara penuhnya. Serentak itu, lebuh raya tersebut juga akan meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara Kemboja, Laos, Vietnam serta negara-negara di subkawasan Sungai Mekong.
Pada 10 bulan pertama tahun ini, jumlah eksport getah asli Vietnam mencapai 300 ribu tan, jumlah nilainya mencapai 346 juta dolar Amerika, masing-masing meningkat 85.5% dan 117.7% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. China tetap menjadi pasaran eksport getah yang paling utama kepada Vietnam. Oleh sebab industri kenderaan China berkembang pesat, jumlah keperluan getah terus meningkat, eksport getah dari Vietnam ke China akan meningkat secara stabil.
Oleh sebab Provinsi Yunnan dan bahagian utara Thailand memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Kumpulan Pengedaran Komoditi Haohong Yunnan dan Syarikat Ekonomi dan Perdagangan China-Thailand baru-baru ini telah memeterai "Perjanjian Rangka Kerjasama Dua Hala".
Kedua-dua pihak tersebut merancang menubuhkan sebuah pangkalan pengedaran komoditi antarabangsa di Kunming China dan Chiang Mai Thailand, pangkalan itu akan menjadi pusat pengangkutan antarabangsa, pusat pertukaran maklumat dan pusat perdagangan. Kunming akan menjadi pusat pengedaran barangan dari pelbagai negara ASEAN di China di samping menjadi pusat pengedaran barangan dari seluruh China ke ASEAN.
Berdasarkan perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan mengadakan perdagangan luar, pelaburan, penjualan teknologi, menyediakan maklumat dasar kerajaan tentang kerjasama ekonomi, saling mengemukakan peluang perdagangan dan pelaburan serta rakan kerjasama, mendorong perusahaan kedua-dua negara mengadakan kerjasama dalam pelbagai cara.
Perusahaan Provinsi Guangdong China memeterai 38 projek dengan perusahaan negara ASEAN dalam Ekspo China-ASEAN yang baru berakhir, jumlahnya mencapai lebih 386 juta dolar Amerika. Delegasi Guangdong terdiri daripada 27 rombongan, jumlah peserta mencapai 887 orang, merupakan rombongan yang paling besar dalam Ekspo China-ASEAN.
Pegawai kerajaan Guangdong menyatakan, perusahaan Guangdong terutamanya melabur di Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Vietnam, melibatkan industri haidroelektrik, , perubatan, alat elektrik dan projek pembinaan. Di samping itu, perusahaan Singapura dan Malaysia banyak melabur dalam sektor biologi, pemprosesan makanan dan industri ringan di Zhuhai, Maoming, Guangzhou dan Yangjiang.
Ekonomi Guangdong dan ASEAN saling melengkapi, setelah pemeteraian "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN" pada tahun 2002, ASEAN telah menjadi rakan perdagangan ke-5 terbesar kepada Gaungdong dan menjadi sumber pelaburan asing yang penting. Serentak itu, semakin hari semakin banyak perusahaan Guangdong juga melabur di ASEAN, trend perkembangannya sangat baik.
Dalam Ekspo China-ASEAN, Guangdong telah menyediakan 222 projek untuk menarik pelaburan asing. Kerajaan Guangdong mengalu-alukan lebih banyak perusahaan ASEAN melabur di Guangdong.
Andika
|