Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-25 15:42:47    
Sektor Jualan Runcit China Buat Persiapan Hadapi Cabaran

Agensi Berita China
Tarikh bagi China membatalkan sekatan terhadap lokasi, pegangan saham dan kadar pelaburan pedagang asing di China akan sampai. Menurut maklumat, perusahaan jualan runcit terkenal di dunia yang sudah beroperasi di China termasuk Carrefour dan Wal-mart merancang menambah gedung perniagaan cawangan mereka di China pada penghujung tahun ini dan tahun depan.

China akan membatalkan sekatan lokasi, saham dan kadar pelaburan pedagang asing di China pada 11 Disember. Ini membuktikan dasar buka pintu perdagangan China dipercepat lanjut, tempoh memelihara kepentingan perusahaan China akan dipendekkan, perusahaan China akan bersaing dengan perusahaan pelaburan asing dalam pasaran yang adil.

Jika hendak mengembangkan sektor jualan runcit China, perusahaan tempatan mesti melaksanakan strategi membina gedung perniagaan dengan kos yang rendah di seluruh China. Pada tahun 2003, perusahaan yang berkemampuan masing-masing akan menjalankan penyusunan semula perniagaan mereka.

Pada awal tahun 2004, Syarikat Kumpulan Bailian Berhad iaitu gedung perniagaan paling besar di China telah beroperasi secara rasmi, ia terdiri daripada 4 gedung perniagaan Shanghai.

Syarikat Kumpulan Jualan Runcit Tongluowan Shenzhen Berhad bersama-sama dengan Kumpulan Lufthansa Beijing telah menubuhkan Mall Lufthansa & Jinyuan Beijing dan beroperasi pada 24 Oktober yang lalu. Ia merupakan Shopping Mall yang paling besar di Beijing.

Perusahaan Jualan Runcit Wangfujing sudah mempunyai 14 buah gedung perniagaan cawangan di seluruh China, baru-baru ini, gedung perniagaan di Mengolia Dalam akan beroperasi.

Selain daripada menubuhkan perusahaan jualan runcit yang besar, China juga bersaing dengan pedagang asing di ibu kota provinsi dan kota yang lain.

Pakar ekonomi menyeru, jabatan kerajaan China mesti berusaha membuat perancangan pembinaan bandar yang teratur supaya sektor jualan runcit China berkembang dengan sihat.