Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-26 09:41:54    
Pengenalan tentang Perusahaan Milik Negara Liaoning China Lebih dinamik.

cri
Di Daerah Tiexi Bandar Shenyang Provinsi Liaoning di timur laut China, terdapat hampir seratus perusahaan industri milik negara yang besar dan kecil, tempat itu juga merupakan pangkalan pembuatan kelengkapan yang penting di China. Selepas kerajaan China melaksanakan dasar pembangunan kawasan timur laut China, perusahaan milik negara di Provinsi Liaoning berkembang dengan cepat dan lebih dinamik.

Syarikat pengeluaran Ubat-Ubatan Timur Laut China merupakan sebuah perusahaan milik negara yang besar di kawasan tersebut. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penyusunan semula sistem perusahaan itu telah meningkatkan keuntungan dan daya saing barangan keluarannya di pasaran. Kini, Syarikat Pengeluaran Ubat-Ubatan Timur Laut menjadi salah satu pengeluar vitamin C utama di pasaran antarabangsa.

Pengurus perusahaan itu puan Feng Yan berkata: "Jumlah vitamin C keluaran Syarikat Pengeluaran Ubat-Ubatan Timur Laut menempati 20% kuota pasaran antarabangsa, perusahaan kami mengambil peluang, mengadakan pembaharuan teknologi dan pelaburan untuk mengeluarkan vitamin C yang terbesar di dunia. Dengan meningkatkan teknologi dalam beberapa tahun yang lalu dan mengubah mekanisme, keuntungan dan daya saing barangan keluaran perusahaan kami telah ditingkatkan di pasaran antarabangsa".

Semenjak China melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, kerajaan China terutamanya menangani masalah perusahaan milik negara di timur laut China yang berkembang dengan perlahan dan tidak mempunyai daya saing serta menyelaraskan perkembangan ekonomi di pelbagai tempat di China.

Dalam dasar pembangunan industri timur laut, kerajaan China telah menetapkan 100 projek pembangunan industri yang besar, antaranya, lebih 50 projek dilaksanakan oleh Provinsi Liaoning, ini adalah disebabkan perusahaan milik negara Provinsi Liaoning mempunyai asas dan tenaga yang mencukupi dan mempunyai masa depan perkembangan yang cerah.

Selain itu, dalam pembaharuan perusahaan milik negara China, kerajaan Provinsi Liaoning menyusun semula sistem dan menjalankan sistem jaminan sosial untuk mengurangkan beban perusahaan, membantu perusahaan mengatasi kesukaran dan berkembang dengan cepat. Naib setiausaha Jawatankuasa Provinsi Liaoning Parti Komunis China Encik Wang Wanbin berpendapat, kerajaan China mengemukakan dasar pembangunan pangkalan industri lama timur laut China, ini akan meletakkan asas yang baik bagi mengembangkan perusahaan milik negara di kawasan tersebut.

Beliau berkata: "Dasar tersebut akan mempercepat penyusunan semula struktur ekonomi provinsi Lioaning, memangkin pembangunan Provinsi Liaoning menjadi pangkalan industri pembuatan kelengkapan dan bahan mentah yang penting di China, menubuhkan perusahaan tonggak dan sejumlah perusahaan yang mempunyai daya saing yang kuat di pasaran antarabangsa.

Semenjak dasar itu dilaksanakan selama setahun ini, perusahaan milik negara Provinsi Liaoning mengalami perubahan yang besar dalam perkembangan ekonomi dan memperbaiki persekitaran perusahaan.

Ketua Pengurus Syarikat Industri Mesin Derik Bandar Dalian encik Qi Yumin berpendapat: "Kami harus menyusun semula struktur melalui dasar buka pintu dan mewujudkan peningkatan taraf teknologi. Kami juga bercadang membawa masuk teknologi tinggi dari luar negara untuk meningkatkan taraf teknologi kami".

Selain itu, perusahaan Syarikat Mesin Derik Industri Berat Dalian mengambil tenaga profesional bertaraf tinggi dari seluruh dunia, untuk mempercepat pembaharuan teknologi perusahaan dan membawa keuntungan yang lebih baik kepada perusahaan mereka.

Perusahaan milik negara Provinsi Liaoning menyediakan persekitaran yang lebih baik, peluang perkembangan dan memberi keutamaan kepada tenaga profesional, kesemuanya ini telah menarik ramai tenaga profesional pelbagai tempat bekerja ke sana pada tahun ini.

Encik Zheng Jianqiao Pengurus Syarikat Petrokimia Fushun berkata kepada wartawan, kini perusahaan kami mencapai kejayaan yang baik dan juga mempunyai daya saing di pasaran.

Katanya: " Pekerja di perusahaan milik negara berasa lebih selamat dan mereka juga suka berkhidmat di perusahaan tersebut. Berbanding dengan perusahaan swasta dan perusahaan pelaburan asing, perusahaan milik negara lebih mempunyai daya saing kerana mereka mempunyai lebihan tenaga profesional dan lain-lain.

---- Wang Ling