Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Penyakit AIDS Dewan Negara China Wu Yi hari ini di Beijing menegaskan, pencegahan penyakit AIDS merupakan tanggungjawab seluruh warga China. Beliau menyeru seluruh masyarakat menyertai pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS, mengawal perebakan penyakit AIDS di China.
Wu Yi menuntut kerajaan pelbagai tempat di China melaksanakan peraturan dan tuntutan kerajaan pusat, bersungguh-sungguh menjalankan tugas, menyempurnakan dasar sedia ada untuk mencegah perebakan penyakit AIDS.
|