|

(Raffles Marine Singapura, tempat bertolaknya kapal layar "Foniks")

(Tiga anak kapal layar "Foniks" (dari kiri ke kanan): Huang Rui, Weng Yixuan dan He Mingli)

(Captain kapal layar "Foniks" Encik Weng Yixuan sedang mengisi minyak)

(Staf-staf Kedutaan China di Singapura mengucapkan selamat jalan kepada tiga anak kapal "Foniks") Wartawan CRI melaporkan, Kapal layar "Foniks" petang ini telah bertolak dari Singapura ke Melaka. Staf-staf Kedutaan China di Singapura telah mengucapkan selamat jalan kepada tiga anak kapal, iaitu Weng Yixuan, He Mingli dan Huang Rui di Raffles Marine, Singapura petang tadi.
Sempena memperingati ulang tahun ke-600 Laksamana Cheng Ho belayar ke Lautan Hindi, kapal layar "Foniks" belayar dari Taicang, provinsi Jiangsu, China pada 8 Ogos lalu, dan tiba di Singapura pada 2 November. Oleh sebab enjin terosak, kapal layar tersebut terpaksa singgah di Singapura untuk diperbaiki selama 3 minggu.
Pelayaran ini dijangka akan berlangsung selama 8 bulan. Kapal layar "Foniks" akan mengikuti laluan lawatan Laksamana Cheng Ho pada 600 tahun yang lalu, dan melawat Vietnam, Brunei, Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Sri Lanka, Maldives, India, Pakistan, Iran, Amiriah Arab Bersatu, dan akhirnya akan tiba Kenya.

(Kapal layar "Foniks" bertolak dari Raffles Marine menuju ke Melaka?

|