Sidang Kemuncak ASEAN ke-10 akan diadakan di Vientiane, ibu Negara Laos, sebelum itu Sidang Pegawai Peringkat Tinggi ASEAN dirasmikan pada 25 November. Melalui persiapan selama setahun, wajah baru Vientiane dapat diperlihatkan di sana sini.
Di depan bangunan lapangan terbang, bendera kebangsaan 17 negara yang menyertai Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang berkenaannya berkibaran. Di luar lapangan terbang itu, juga buat kali pertama menyediakan tempat yang boleh letak puluhan kereta.
Pada masa dahulu, wartawan membuat liputan ke Vientiane biasanya tidak berani ke luar pada waktu malam. Walaupun keadaan keselamatan awam bandar Vientiane amat baik, tetapi pada malam jalan Vientiane amat gelap.
Untuk menyambut tetamu pelbagai Negara dan seramai lebih 800 orang wartawan pelbagai tempat dunia, bangunan utama di tepi jalan besar bandar Vientiane terpasang lampu neon.
Vientiane merupakan sebuah bandar yang ekonomi tidak maju dan tidak terbuka kepada dunia luar. Apabila melihat begitu banyak lampu neon, sungguh di luar dugaan. Pokok kelapa sawit yang tinggi, bangunan putih yang rendah dan lampu neon, bandar Vientiane kelihatan cantik sekali.
Iklan kedai di Vientiane bertulis perkataan Mandarin, Laos dan Inggeris. Dalam restoran, kami selalu dapat menemui orang Cina yang masih boleh bertuturan sedikit sebanyak Mandarin. Beberapa syarikat China telah menyertai pembinaan projek infrastruktur yang berkaitan sidang kali ini.
Satu-satunya hotel lima bintang yang di Vientiane adalah baru selesai dibina oleh Kumpulan Pembinaan Yunnan China dalam tempoh selama 10 bulan. Hotel yang bertingkat 14 itu sudah menjadi lambing baru bandar Vientiane.
Di pusat bandar Vientiane, beberapa jalan raya yang diubahsuai itu dilakasanakan oleh syarikat China. Wartawan juga melihat ada ambulans dan kereta polis yang tertulis "Sumbangan Republik Rakyat China" . Ini telah mencerminkan hubungan China-Laos yang baik.
Tindakan keselamatan ialah masalah penting yang diperhatikan umum ketika sidang antarabangsa diadakan. Tindakan keselamtan untuk sidang kali ini amat baik, tidak kira siang hari atau malam. Di sekitar jalan raya, hotel untuk delegasi pelbagai Negara dan 3 tempat bersidang, pada setiap tempat yang berjarak puluhan meter pun terdapat 4 atau 5 orang polis tentera yang dilengkapi senapang atau pistol menjalankan tugasnya.
|