Menurut berita CRI, Ahli Dewan Negara China Tang Jiaxuan baru-baru ini menyatakan, tanah besar China mempertahankan prinsip satu China, dan akan meningkatkan pertukaran ekonomi dan budaya dengan Taiwan, tetapi tegas menentang kegiatan pemisahan "kemerdekaan Taiwan", membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.
Semasa mengadakan tinjauan di Jiangsu dan Jiangxi, Tang Jixuan mengarahkan pegawai kerajaan pelbagai tempat meningkatkan pertukaran dengan Taiwan, memberi perhatian kepada saudara Taiwan yang bekerja, belajar atau menziarahi saudara mara serta mengadakan kegiatan pertukaran di tanah besar, melindungi hak dan kepentingan yang sah saudara Taiwan.
|