Menurut Agensi Berita Xinhua, Ketua Pengarah Majlis Dana Jaminan Masyarakat China Xiang Huaicheng semalam di seminar yang diadakan di Beijing menyatakan, Hong Kong merupakan salah satu pilihan terbaik untuk China melabur dana jaminan masyarakat.
Beliau menyatakan, alasan untuk memilih Hong Kong ialah kerana, Hong Kong merupakan salah satu pusat kewangan antarabangsa yang paling terbuka, dan juga pusat kawalan dana rantau Asia-Pasifik, pasarannya mantap, banyak firma pengeluaran kewangan, dan mempunyai sistem kawalan kewangan yang ketat, undang-undang yang lengkap, banyak tenaga profesor kewangan yang mahir, dan juga berhubung erat dengan tanah besar China.
|