Menurut berita CRI, Sidang Menteri Kesihatan ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan tentang Pencegahan Selesema Burung yang dianjurkan bersama oleh WHO dan Kementerian Kesihatan Thailand hari ini diadakan di Bangkok, Thailand.
Perdana Menteri Thailand Taksin Shinawat dalam upacara perasmian itu menyatakan, pelbagai negara harus meningkatkan kawalan pencegahanpenularan wabak selesema burung, dan membangun serta meningkatkan kerjasama sistem kecemasan negara dan rantau.
Naib Menteri Luar China Wang Longde menjelaskan, Asia memainkan peranan penting dalam bidang pencegahan dan kawalan selesema burung. China harus meningkatkan kawalan dan kajian tentang penyakit itu, dan melakukan tindakan pencegahan yang berkesan. China juga harus bekerjasama dengan pelbagai negara di dunia, bersama-sama membasmi penyakit selesema burung.
|