Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan dari forum Pembelian Kerajaan China pertama yang sedang diadakan di Beijing, jumlah pembelian kerajaan China tahun ini akan melebihi 200 bilion yuan RMB.
Dimaklumkan, sejak undang-undang pembelian dilaksanakan pada Januari tahun lalu, pembelian kerajaan China mencapai kejayaan positif. Menurut statistik, jumlah pembelian kerajaan China tahun lalu mencapai kria-kira 170 bilion yuan RMB, menambah hampir 70% berbanding 2002.
|