Menurut berita CRI, Ketua Pengarah Biro Kesihatan Beijing, Jin Dapeng hari ini di Beijing menyatakan, kerajaan bandar Beijing amat mementingkan usaha pencegahan penyakit AIDS.
Dalam aktiviti kepopularan pengetahuan tentang penyakit AIDS yang diadakan di Beijing hari ini, Jin Dapeng berkata, Beijing sudah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan AIDS yang bertanggungjawab menetapkan prinsip, dasar dan rancangan usaha pencegahan AIDS, menyelesaikan masalah dalam kerja tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan Beijing sudah memutuskan memberikan rawatan percuma kepada pesakit AIDS, memberi bantuan ekonomi kepada mereka dan membantu anak mereka bersekolah secara percuma.
|