Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan dari Kementerian Perdagangan China hari ini, China akan mengambil pelbagai tindakan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan Afrika.
Pegawai Bahagian Asia Barat dan Afrika Kementerian Perdagangan China memaklumkan, ekonomi China-Afrika saling melengkapi, potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan sangat besar. Sekarang, China telah memeterai "Perjanjian Perdagangan Dua Hala" dengan 41 negara Afrika dan saling memberi layanan negara keutamaan perdagangan.
Beliau menyatakan, untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan China-Afrika, China akan menyediakan kemudahan untuk barangan Afrika dieksport ke China, bersungguh-sungguh menjalankan dasar bebas tarif atas sebahagian barangan eksport dari negara Afrika yang paling mundur.
|