Menurut Agensi Berita China, China akan mengizinkan syarikat dari luar mengadakan usaha sama dengan syarikat China dalam bidang radio, televisyen dan penerbitan, dan syarat asas usaha sama itu ialah jumlah saham syarikat China tidak kurang 51%.
Keizinan itu dibuat dalam Peraturan Sementara Kawalan Perusahaan Menguruskan Rancangan Radio dan Televisyen melalui Projek Kerjasama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen dan Kementerian Perdagangan China baru-baru ini.
|