Indonesia merupakan salah sebuah negara penganjur pertubuhan ASEAN. Negara itu luas dan penduduknya ramai. Indonesia memainkan peranan penting dalam bidang politik dan ekonomi di kawasan Asia Tenggara. Akan tetapi disebabkan kesan negatif krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan perubahan pemerintahan sejak bulan Mei tahun 1998, ekonomi di Indonesia berkembang lambat.
Manakala sejak pemilihan presiden buat kali pertama dalam sejarah Indonesia berjaya diadakan pada bulan Oktober tahun 2004, kerajaan Indonesia baru memutuskan antirasuah dan antikeganasan, menetapkan beberapa tindakan untuk memajukan pembaharuan dan mempercepat pertumbuhan ekonomi.
Dalam tempoh tiga tahun sejak pemerintahan bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputeri, asas ekonomi makro yang agak stabil telah diletakkan di Indonesia, pertumbuhan ekonomi di negara itu meningkat dengan kadar kira-kira 4%. Kerajaan Indonesia baru yang dipimpin oleh Susilo Bambang merancang mempercepat pertumbuhan ekonomi untuk mendorong kestabilan dan kemajuan negara, menarik pelabur asing dan meningkatkan kerjasama antarabangsa khususnya dengan negara-negara ASEAN dan kawasan lain di Asia.
Untuk memulihkan ekonomi secara menyeluruh, kerajaan Indonesia baru juga mengambil tindakan pembaharuan untuk membina imij yang baik di arena antarabangsa, menarik pelabur dari China dan Jepun. Kerajaan itu telah mengemukakan rancangan pembangunan kemudahan infrastruktur yang bernilai lebih 72 bilion dolar Amerika dalam tempoh lima tahun yang akan datang, antaranya termasuk projek-projek penting seperti pengubah suaian landasan kereta api, pembinaan rebuh raya ekspres, pengubahsuaian sistem telekomunikasi dan pembangunan kilang penjanaan elektrik dan lain-lain, kerajaan itu sedang berusaha untuk mendapat pelaburan dari China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, A.S, dan lain-lain. Menurut rencana yang dimuat dalam surat khbar bahasa Mandarin Indonesia, semasa mengadakan lawatan di negara-negara Amerika Latin baru-baru ini, Presiden China Hu Jintao telah berjanji akan melaburkan sebanyak 100 bilion dolar Amerika ke kawasan Amerika Latin. Sehubungan dengan itu, dalam sidang pemimpin yang diadakan di Vientiane, Presiden Susilo Bambang harus "berbincang dengan Perdana Menteri China Wen Jiabao untuk mendapat lebih banyak modal China" bagi mendorong pertumbuhan ekonomi Indonesia.
|