Sebanyak 85% kargo yang dibawa masuk dan keluar dari Tibet dihantar melalui lebuh raya Qinghai-Tibet. Pemandu lori di bandar Xiding Provinsi Gansu Encik Wen dengan gembira memberitahu wartawan, "Pada masa dahulu, jalan itu sukar dilalui. Pada 5 tahun yang lalu, jika saya bertolak dari Germu ke Lhasa dengan memandu lori, perjalanan itu mengambil masa lebih dua hari untuk sampai ke sana. Akan tetapi, perjalanan itu hanya memerlukan 17 jam sahaja untuk sampai ke sana pada masa ini."
Pengarah Jabatan Kawalan Lebuh Raya Qinghai-Tibet Encik Li Liufeng menyatakan, dalam tempoh 50 tahun sejak lebuh raya Qinghai-Tibet dibuka kepada lalu-lintas, taraf lebuh raya Qinghai-Tibet terus ditingkatkan. Lebuh raya Qinghai-Tibet yang dibina oleh Tentera Pembebasan Rakyat China dibuka kepada lalu-lintas pada tahun 1954, permukaan seluruh jalan lebuh raya Qinghai-Tibet yang dibina dengan tar menjadi berwarna hitam pada tahun 1985, ancaman tanah beku, kerosakan akibat hakisan air dan wabak penyakit telah berjaya diatasi pada tahun 1999. Selepas itu, kawalan dan kerja membaik pulih secara besar-besaran lebuh raya itu dilaksanakan pada tahun 2002. Pada tahun ini, taraf permukaan jalan raya dari Lhasa ke Germu, sebahagian lebuh raya Qinghai-Tibet yang sepanjang 1155 kilometer telah ditingkatkan ke taraf peringkat kedua negara.
Pada masa ini, pemandangan yang dapat disaksikan di lebuh raya Qinghai-Tibet ialah langit yang biru, awan yang putih, padang rumput yang hijau, gunung salji, lembu, kambing, pekan, kampung dan banyak kereta. Sama sekali tidak berasa asing lagi.
Semasa memandu kereta di lebuh raya Qinghai-Tibet yang purata paras lautnya setinggi lebih 4000 meter, wartawan mendapati, permukaan jalan lebuh raya itu rata, kelajuan kereta sentiasa lancar, pada kadar kelajuan lebih 80 hingga 90 kilometer sejam. Wartawan sentiasa berasa seronok dan selesa dalam perjalanan itu.
Apabila taraf lebuh raya ditingkatkan, jumlah kenderaan yang melalui lebuh raya itu meningkat berlipat ganda. Ketua Pasukan Trafik Jabatan Keselamatan Awam Tibet Cawangan Germu Encik Xu Yuenqing menyatakan, jumlah kenderaan di lebuh raya Qinghai-Tibet meningkat lebih 3000 buah sehari pada masa ini daripada 800 buah sehari pada 3 tahun yang lalu. Pada masa sibuk, angka itu mencatat lebih 5000 buah.
Kelajuan kereta meningkat di lebuh raya Qinghai-Tibet bukan sahaja memberi manfaat kepada pemandu kenderaan, tetapi juga kepada penduduk awam di sepanjang lebuh raya itu serta seluruh rakyat Tibet. Perkakas kegunaan seharian dan sayur-sayuran yang dihantar dari kawasan pedalaman ke Tibet juga melalui lebuh raya Qinghai-Tibet. Pada masa ini, apa yang ada dipasaran di kawasan pedalaman, juga terdapat di pasaran Tibet. Sayur-sayuran segar yang dikeluarkan di kawasan pedalaman boleh dibeli di bahagian utara Tibet. Di samping itu, seiring dengan jumlah kenderaan bertambah banyak, ramai penggembala membuka restoran dan membina rumah di tepi lebuh raya tersebut. Para penggembala juga berpeluang menjual barang-barang sampingan seperti cendawan dan kulit binatang di tepi jalan.
Setelah taraf lebuh raya meningkat, Tibet tidak terasa jauh lagi. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah pelancong yang melawat ke Tibet dengan memandu kereta persendirian melalui lebuh raya Qinghai-Tibet semakin meningkat. Pada beberapa hari kebelakangan ini, wartawan bahkan bertemu dengan pelancong yang pergi ke Tibet dengan mengayuh basikal.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Tibet Encik Jiacuo menyatakan, " Pada masa ini, seiring dengan perkembangan negara yang semakin pesat, perkembangan di Tibet juga meningkat. Jumlah kargo yang di bawa keluar dan masuk dari Tibet meningkat dengan banyak, kemudahan lebuh raya Qinghai-Tibet yang bertambah baik itu dengan cepat turut meningkatkan hubungan Tibet dengan kawasan pedalaman."
----Ching
|