Dalam Sukan Olimpik Athens yang telah ditutup, Kontinjen China memperoleh 32 pingat emas iaitu menduduki tempat ke-2 dalam senarai kutipan pingat emas. Ini merupakan kejayaan yang paling besar sejak China menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1984.
Menyentuh kejayaan yang bermakna penting tersebut, baik olahragawan ataupun jurulatih berpendapat penggunaan kaedah sains dan teknologi dan latihan yang sistematik sangat penting dalam bidang sukan.
Antara 32 pingat emas yang diperolehi Kontinjen China kali ini, yang paling bermakna ialah pingat emas 110 meter lari lompat pagar lelaki yang diperolehi Liu Xiang. Liu Xiang menjadi terkenal di seluruh dunia selepas beliau menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 12.91 saat.
Sebenarnya Liu Xiang mencapai kejayaan tersebut bukan secara kebetulan.
Sejak tahun 2002, Institut Pengajian Sains Sukan, Jabatan Pentadbiran Am Sukan China mulai menyediakan perkhidmatan sains dan teknologi kepada Liu Xiang untuk melakukan persiapan menyertai pertandingan acara 110 meter lari lompat pagar lelaki dalam Sukan Olimpik.
Encik Li Ding bertanggungjawab menangani tugas tersebut, beliau memaklumkan, untuk mendapat bahan-bahan yang diperlukan diperoleh tepat pada waktunya, belasan orang kakitangan Institut Pengajian Sukan sering menemani Liu Xiang menyertai perlumbaan di pelbagai negara, mengambil gambar Liu Xiang sewaktu beliau menjalani latihan harian atau menyertai perlumbaan, mengurus dan menganalisis semua gambar dan melaporkan teknik kecil yang sukar dilihat dengan pandangan mata kasar serta cadangan penyelesaiannya kepada olahragawan dan jurulatih. Beliau berkata, "Misalnya sewaktu mengambil gambar kelajuan dan masa yang diambil sewaktu beliau melompat pagar, dan sudut sewaktu beliau mengangkat paha, kami harus mengambil gambar itu dengan teliti. Sudut itu harus diperkecil agar pelari pecut dapat berlari lebih cepat. Besar atau kecil sudut itu merupakan satu indeks yang penting untuk menilai taraf tekniknya."
Dalam Sukan Olimpik Athens, olahragawan China Meng Guanliang dan Yang Wenjun memenangi pingat emas acara kayak 500 meter berpasangan lelaki, dan ini merupakan pingat emas pertama yang diperolehi China dalam perlumbaan kayak Sukan Olimpik. Encik Meng Guanliang yang berumur 29 tahun menjelaskan, selain latihan yang keras, penggunaan kaedah sains dan teknologi memyumbang kejayaan mereka mencapai kejayaan. Beliau berkata, "Dalam latihan, kakitangan sains dan teknologi dengan teliti mengadakan pemeriksaan terhadap setiap data biologi kami, ini mencerminkan sumbangan sains dan teknologi."
Encik Yuan Shoulong, Naib Ketua Pasukan Kayak Negara China memaklumkan, "Setelah mendapat peralatan sistem lokasi global (GPS), sewaktu olahragawan menyertai latihan mengayuh kayak, kami boleh membandingkan kelajuannya dengan debaran jantung mereka agar dapat menilai dengan lebih berkesan latihan tersebut."
Li Ting dan Sun Tianan memperoleh pingat emas dalam pertandingan tenis berpasangan wanita Sukan Olimpik dan disebut sebagai 'kuda hitam'. Li Ting berkata, "Saya berpendapat bahawa 'kuda hitam' mencerminkan peranan penting latihan secara saintifik, dan kemenangan kami mungkin tidak disangka oleh ramai orang."
Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China memaklumkan sejak tahun ini, kerajaan China akan beransur-ansur meningkatkan peruntukan sains dan teknologi terhadap pelbagai acara sukan agar dapat menjamin China mencapai kejayaan yang lebih besar dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.
----AZMI
|