Di bandar Beijing, ibu negara China, penduduknya sudah biasa menaiki kereta api bawah tanah pergi-balik dari pejabat. Khususnya bagi penduduk yang rumahnya di luar bandar dan pejabatnya di dalam bandar, menaiki kereta api bawah tanah menjadi pilihan pertama.
Enick Jin Jun yang tinggal di kawasan utara di luar bandar Beijing berkata, "Boleh tahanlah menaiki kereta api rel bandar dan keadaan lalu lintas agak baik di Beijing."
Encik Zhang yang bertugas di salah sebuah syarikat ingin membeli rumah di luar bandar disebabkan harganya murah. Beliau berkata, "Perumahan di luar bandar bukan sahaja harganya murah, tetapi juga keadaan lalu lintasnya baik dan udaranya segar. Ini tidak menyusahkan kehidupan saya dan saya boleh menerima. Perumahan di dalam bandar terlalu mahal."
Encik Liu Weidong, Naib Ketua Arkitek Pusat Projek Perumahan Kebangsaan China ketika memperkatakan perubahan pandangan perumahan penduduk Beijing, berpendapat bahawa ini berkaitan dengan pembangunan perbandaran yang berkembang pesat di Beijing. Beliau berkata, "Terdapat banyak jalan lingkaran selesai dibina di pinggir bandar Beijing, dan landasan kereta api bandar telah dibina ke kawasan luar bandar sehingga mendorong pembangunan di sana. Para penduduk lebih suka tinggal di kawasan luar bandar yang bercirikan alam sekitar daripada tinggal di dalam bandar."
Terdapat hampir 90% penduduk mereka pindah ke luar bandar. Encik Chen Jianjun, pegawai Suruhanjaya Perancangan Bandar Beijing yang bertanggungjawab terhadap perancangan perumahan penduduk berpendapat, "Di dalam pusat bandar, fungsinya terlalu banyak, penduduknya ramai, pelbagai masalah timbul seperti kesesakan lalu lintas dan alam sekitarnya semakin buruk. Kami mengalami kesukaran dalam usaha melindungi bandar budaya yang bersejarah lama. Maka kerajaan Beijing menggalakkan penduduknya berpindah ke luar bandar, dan berusaha meningkatkan pelbagai fungsi dalam kawasan perumahan."
Walaupun ramai penduduk Beijing pindah ke luar bandar, terdapat juga penduduk Beijing yang tetap tinggal di dalam bandar. Puan Guan Suqian telah tinggal di sebuah rumah lama di jalan Liuyin, Daerah Xicheng, bandar Beijing selama puluhan tahun. Beliau berkata, "Kami tinggal di kawasan rumah lama yang terdapat banyak keluarga dalam satu halaman, sering berjumpa tetangga dan bertegur sapa dengan mesra. Kami tolong-menolong dan hubungan antara satu sama lain agak baik. Kami puas hati kerana komuniti ini selalu mengadakan aktiviti seperti menyanyi lagu dan menari 'Yangge'".
Selain Puan Guan Suqian, sejumlah orang muda juga suka tinggal di dalam bandar, misalnya Liu Peng yang berumur lebih 20 tahun, beliau berkata, "Saya lebih suka tinggal di dalam bandar disebabkan kemudahannya lengkap, misalnya hospital agak banyak di dalam bandar. Setelah saya berkahwin, anak saya mudah belajar di tadika dan sekolah rendah. Maka saya membeli rumah di dalam jalan linggaran ke-3."
----AZMI
|