Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-11-29 15:32:14    
Sidang Kemuncak ASEAN Sediakan Peluang Perkembangan Baru kepada Laos

CRI

Pemimpin 10 negara ASEAN bertemu di Vientiane Loas pada hari ini untuk menyertai Sidang Kemuncak ASEAN 2004 dan beberapa sidang pemimpin negara rakan dialog. Pengarah Lembaga Hal Ehwal Perdagangan China-ASEAN Xu Ningning menyatakan, Sidang Kemuncak ASEAN tersebut akan menyediakan peluang perkembangan baru kepada Laos.

Menurut beliau, pertumbuhan ekonomi di Laos agak perlahan di kawasan Asia Tenggara. Negara itu agak lewat menganggotai ASEAN. Laos merupakan negara tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN buat kali pertama, ini bermanfaat bagi perkembangan negara itu.

Pakar itu berpendapat, Laos memiliki sumber alam yang kaya, dasar dan situasi politiknya stabil, walaupun negara itu melaksanakan dasar buka pintu agak lewat, akan tetapi disebabkan bersempadan dengan lima negara termasuk China, Laos mempunyai keunggulan lokasi dan ruangan perkembangan yang besar. Sidang Kemuncak ASEAN diadakan di Laos akan menyebabkan lebih ramai orang mengetahui Laos dan bermanfaat bagi memainkan keunggulannya.

" Sidang Kemuncak ASEAN diadakan di Laos akan meningkatkan kedudukan Laos dalam hal ehwal masyarakat antarabangsa dan serantau, ia bermanfaat bagi Laos menjalankan dasar buka pintu lebih meluas, bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa. Di samping itu, ini menyediakan peluang perkembangan baru kepada Laos."

Pada dua hari yang lalu, Sidang Pempimpin Perdagangan dan Pelaburan ASEAN kedua telah dirasmikan di Vientiane. Seramai ratusan usahawan dan pelabur dari 10 negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India dan lain-lain telah menghadiri sidang itu, mereka telah mengadakan perbincangan mencari peluang kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Xu Ningning menyatakan,

"Begitu ramai usahawan bertemu di Vientiane jarang berlaku dalam sejarah Laos. Sidang kali ini bermanfaat bagi Laos menarik lebih banyak pelaburan dan bermanfaat bagi perkembangan Laos dalam bidang pelancongan, pertanian, perhutanan, projek pengairan, penerokaan bahan galian dan lain-lain."

Selain itu, beberapa Sidang Kemuncak ASEAN kali ini bermanfaat bagi perkembangan Laos dan ASEAN. Xu Ningning menyatakan,

"Dalam sidang kali ini akan diluluskan beberapa dokumen penting. Antaranya termasuk "Rancangan Tindakan Vientiane". Rancangan itu bermanfaat bagi mewujudkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN, pertumbuhan ekonomi, kestabilan serantau di rantau ASEAN bahkan mewujudkan integrasi ekonomi di kawasan Asia timur."

Berdasarkan maklumat, "Rancangan Tindakan Vientiane" merupakan cadangan tindakan baru yang ditetapkan oleh pemimpin ASEAN untuk mewujudkan "Kesatuan ASEAN". Rancangan itu menetapkan matlamat dan peraturan tindakan kerjasama negara-negara ASEAN dalam tempoh enam tahun pada 2004 hingga 2010 dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan dan akan menjadi "Rancangan Enam Tahun" yang bertujuan meningkatkan kerjasama negara-negara ASEAN.

Pada masa ini, Perdana Menteri China Wen Jiabao sedang melawat Laos. Xu Ningning menyatakan,

"Dalam tempoh lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao di Laos, beberapa perjanjian kerjasama ekonmi akan ditandatangani antara China dengan Laos. Saya yakin, kerjasama China-Laos mempunyai prospek yang cerah."