Menurut Agensi Berita China, Ketua Audit Negara China, Li Jinhua baru-baru ini menyatakan bahawa penyusunan semula Jabatan Audit China yang dijalankan pada tahun ini paling baik dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
Li Jinhua menyatakan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, badan utama yang diaudit dan diawasi oleh Jabatan Audit Negara ialah pelbagai badan kerajaan pusat. Beliau menegaskan, pentadbiran di sisi undang-undang mesti dilaksanakan dahulu oleh kerajaan pusat.
Difahamkan, sejak tahun ini, Jabatan Audit Negara China telah mengumumkan masalah tentang beberapa badan kerajaan pusat menyalahgunakan dana kerajaan.
|